saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 20/02/2008

Pembangkang tidak mampu bela nasib rakyat

DATUK S. Nallakaruppan cukup sinonim dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, beliau pernah diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Bahagian PKR Kepong. Tetapi ‘jodoh’ Nallakaruppan dengan PKR tidak panjang apabila beliau bertindak keluar daripada parti itu dan menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) yang berikrar menyokong perjuangan Barisan Nasional (BN).

“PKR tidak mampu membela nasib rakyat. Ia hanyalah sebuah parti untuk memperjuangkan kepentingan politik seorang pemimpin,” katanya ketika mengulas peluang parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Dalam temu bual ringkasnya dengan wartawan Utusan Malaysia, SAIFULIZAM MOHAMAD semalam, Nallakaruppan mengingatkan kaum India supaya berhati-hati dengan muslihat PKR.

Apakah jangkaan Datuk mengenai Pilihan Raya Umum Ke-12?

NALLAKARUPPAN: BN bukan sahaja akan menang besar malah saya dapat rasakan keputusannya lebih baik berbanding pilihan raya umum 2004.

Ini berdasarkan respons yang diberikan oleh rakyat semasa saya menjelajah negara ketika memperkenalkan MIUP. Mereka mengakui hanya BN mampu membela rakyat negara ini.

Meskipun ada antara mereka tidak berpuas hati terhadap beberapa isu tetapi ketika ditanya manakah parti yang mampu memerintah negara, mereka senyap dan akhirnya menjawab, BN. Saya saksikan sendiri keadaan tersebut.

Bagaimanakah Datuk melihat peluang pembangkang pada pilihan raya umum akan datang?

NALLAKARUPPAN: Saya yakin pembangkang akan kalah teruk terutama PKR kerana asas perjuangannya bukan untuk membela rakyat tetapi lebih bersifat peribadi.

Maksud Datuk?

NALLAKARUPPAN: Tujuan PKR ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan nasib dan masa depan politik penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. PKR mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. PKR sanggup buat apa sahaja asalkan masa depan politik Anwar tidak terjejas. Saya tidak nampak mereka mahu membantu rakyat.

Dahulu Datuk merupakan salah seorang pemimpin PKR dan sahabat kepada Datuk Seri Anwar tetapi akhirnya keluar daripada parti itu. Mengapakah pada pilihan raya umum kali ini Datuk berikrar untuk membantu BN?

NALLAKARUPPAN: Pada awalnya saya yakin dengan kewibawaan Anwar sebagai pemimpin hebat.

Saya lihat Anwar mempunyai kewibawaan dan kredibiliti yang tidak ada pada pemimpin lain. Bagaimanapun, jangkaan saya meleset apabila saya mendapati perjuangan PKR hanya untuk mengangkat namanya.

Berbanding dengan BN, parti ini mempunyai matlamat yang lebih jelas iaitu untuk membela rakyat, untuk membangunkan negara dan untuk memperjuangkan kemajuan semua kaum. Di dalam BN tiada perjuangan bersifat peribadi.

Selain faktor Anwar, apakah punca lain yang menyebabkan Datuk keluar daripada PKR?

NALLAKARUPPAN: Anwar dan PKR langsung tidak mempedulikan nasib kaum India di negara ini. Saya ada asas untuk berkata demikian. Sejak saya menyertai PKR pada tahun 2006 dan keluar daripada parti itu tahun lalu, saya dapati PKR tidak ada program untuk masyarakat India.

Kini saya mendapat tahu Anwar cuba memenangi hati masyarakat India dengan menjadi Sivaji the Boss, iaitu sebuah filem Tamil yang memaparkan kehebatan heronya membantu masyarakat India. Saya harap kaum India tidak mudah tertipu dengan helahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.