saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/02/2008

Anak filem tidak bermoral?


Philip Jusuf (tengah) berbangga kerana dapat berlakon bersama Erra Fazira (kiri) dan Ida Nerina dalam filem Anak.


ADA beberapa elemen dalam filem Anak terbitan Box Lite Film Sdn. Bhd. yang bakal menarik perhatian mereka yang menontonnya di pawagam kelak.

Masakan tidak, Anak arahan pengarah Barney Lee bagaikan sebuah naskhah yang seperti menyokong kegiatan pengguguran anak.

Anak mengupas bagaimana seorang model wanita yang menggunakan janin untuk digunakan dalam perubatan ilmu hitam.

Model bernama Kay (lakonan Ida Nerina) itu percaya janin membolehkannya kelihatan muda dan cantik sekali gus dapat mengekalkan statusnya sebagai model paling berjaya.

Menjawab persoalan tersebut, penerbit filem Anak, Michael Ang berkata, tidak pernah terlintas di fikiran produksi filem berkenaan untuk menyokong perbuatan terkutuk itu.

Sebaliknya, aspirasi penerbitan filem Anak kata Michael, dibuat semata-mata untuk mendedahkan betapa kegiatan itu sangat keji dan terkutuk.

“Mesej dalam filem ini sangat jelas iaitu kita perlu menyelamatkan maruah gadis yang tidak berdosa akibat dirogol.

“Kalau ada sekalipun kecaman terhadap filem ini ia mungkin pada karakter Kay yang ditampilkan sebagai wanita jahat.

“Saya mengharapkan penonton tidak keliru dengan jalan cerita filem ini. Apa yang kami tonjolkan bukannya menandakan kita menyokong perbuatan terkutuk itu,” jelas Michael panjang lebar.

Menghina

Michael juga menegaskan, jalan cerita filem Anak tidak memperlekehkan mana-mana pihak memandangkan ada antara dialog dalam filem tersebut seolah-olah menghina anak-anak luar nikah.

“Kami tak menyindir sesiapa pun. Biarpun ada dialog yang mengatakan anak tersebut tidak ada masa depan.

“Tapi bukanlah bermaksud kami menyindir mana-mana anak luar nikah. Cuma bayangkan daripada dibuang di longkang selepas melahirkannya, baik digugurkan sahaja anak tersebut,” katanya yang juga penulis skrip filem tersebut.

Suatu hal yang juga mencetuskan tanda tanya mengenai filem Anak ialah mengapa jalan cerita filem itu menyamai plot filem seram Asia seperti filem Ju-on dan The Eye.

“Kami tak meniru mana-mana pihak. Cuma kalau kita lihat pastinya jalan cerita misteri atau seram sememangnya sebegitu. Bukan cerita Asia sahaja tapi sejak tahun 70-an lagi kalau filem-filem misteri atau seram pastinya berlaku pembunuhan sebegitu,” jelasnya mempertahankan pendirian.

Michael juga menarik perhatian mengenai isu makan janin yang katanya, sememangnya wujud di negara China.

“Masyarakat di China mempercayai bahawa makan janin mampu mengekalkan awek muda. Dan mereka lakukannya untuk kecantikan.

“Saya ambil idea tersebut dan saya garap serta inilah hasilnya. Filem ini lebih menonjolkan elemen misteri dan drama melebihi seram. Kerana lebih banyak teknik-teknik pencahayaan yang kurang diterapkan untuk menwujudkan suasana misteri itu,” katanya dengan penuh semangat.

Filem Anak yang diterbitkan dengan kos sebanyak RM1.4 juta mula ditayangkan di 39 pawagam hari ini.

Reaksi pelakon Anak

IDA NERINA
KEPADA anda yang bakal menonton filem Anak, ia pastinya akan mengundang perasaan benci terhadap watak Kay lakonan Ida Nerina.

Dalam filem itu, Kay yang juga sepupu Nita (Erra Fazira) sanggup memperalatkan Nita untuk kepuasan hatinya.

Kata Ida, watak tersebut memang sukar untuk dijayakan.

“Watak itu sangat memeritkan. Tapi saya berterima kasih kepada Erra kerana memudahkan kerja saya untuk menghayati watak itu,” kata Ida sambil tersenyum.

ERRA FAZIRA
BAGI Erra Fazira, impiannya untuk lari daripada karakter stereotaip tercapai menerusi Anak.

“Akhirnya saya keluar dari zon selesa. Biarpun saya cukup takut untuk berlakon dalam filem hantu dan seram, akhirnya Anak mengubah pendirian saya.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk menjayakan watak Nita kerana Ida banyak membantu saya juga,” kata primadona filem Melayu ini.

PHILIP JUSUF
MENJADI aktor pilihan kedua tidak mendatangkan sebarang masalah buat Philip Jusuf untuk memberikan sebuah lakonan yang terbaik.

“Saya tak kira saya pertama atau kedua. Memandangkan penerbit sudah mempercayai bakat saya, saya yakin ini rezeki namanya,” ujar lelaki kacak ini.

Jelas suami kepada Dian Andiani ini, dia lebih gemar berlakon di Malaysia berbanding negaranya sendiri.

“Saya mengaku saya seorang yang cerewet kerana itu saya baru hanya berlakon satu filem.

“Bukan tiada tawaran saya terima namun saya yang menolak kerana saya sering kali ditawarkan watak yang sama iaitu lelaki playboy dan lelaki gatal,” akuinya jujur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.