saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 23/02/2008

Janji Khairy untuk Rembau

SEREMBAN 22 Feb. - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik sebagai wakil rakyat di kawasan Parlimen Rembau yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac ini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau, menyifatkan pemilihan beliau di Parlimen Rembau dan rakan-rakan dalam Pemuda Barisan Nasional (BN) merupakan satu manifestasi pucuk pimpinan terhadap generasi pelapis.

''Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti yang memberi kepercayaan untuk bertanding di kawasan Parlimen Rembau dan saya berikrar akan terus bekerja kuat untuk memastikan kemenangan BN.

''Saya berjanji akan menjadi calon yang baik dan ini merupakan satu kepercayaan dan cabaran bukan kepada saya seorang sahaja tetapi barisan Pemuda dalam parti dan mereka yang dipilih sebagai calon wakil rakyat," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini.

Untuk itu, beliau juga akan meminta bekas Ahli Parlimen Rembau, Datuk Firdaus Harun untuk terus membantunya dalam usaha memastikan kejayaan BN pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

Dalam pada itu, Khairy juga menyifatkan pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin yang dikatakan akan mengekorinya di mana dia akan bertanding sebagai tidak prihatin terhadap masyarakat di kawasan Rembau.

Sambil menyifatkan Badrul Hisham bukan calon yang pentingkan rakyat Rembau, Khairy berkata, calon PKR itu lebih bertarung lebih kepada bermotif permusuhan.

''Sebenarnya mereka tidak prihatin terhadap rakyat Rembau, yang menjadi tumpuan pembangkang dan sasaran ialah saya sebagai Naib Pemuda UMNO dan secara logiknya dia tidak kisah tentang masyarakat Rembau," jelasnya.

Mengenai peluangnya di Parlimen Rembau, Khairy yakin BN akan memperoleh kemenangan dalam pilihan raya ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.