saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 23/02/2008

Mencari Jaguh Catur Terengganu 2008

KUALA TERENGGANU 22 Feb. - Kira-kira 1,700 pemain catur akan berentap dalam Karnival Catur Terengganu 2008 untuk merebut gelaran Jaguh Catur Terengganu yang menawarkan hadiah wang tunai RM75,000 bagi tiga peringkat bermula 1 Mac ini.

Karnival anjuran Pusat Minda Terengganu (MINDCet) dengan kerjasama Persatuan Catur Terengganu itu dibahagikan kepada tiga kategori dan akan berlangsung sehingga hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MINDCet, Datuk Saidi Mohamed berkata, program itu dijangka mendapat sambutan di kalangan peminat catur kerana ia merupakan pertama kali dianjurkan secara besar-besaran melibatkan banyak kategori.

Menurutnya, kategori itu adalah terbuka kepada mereka di bawah umur 18 dan 12 tahun dan pertandingan ini terbuka kepada orang ramai yang tinggal di negeri ini atau mereka yang berasal dari Terengganu tetapi menetap di negeri lain.

''Pertandingan ini dianjurkan untuk mempopularkan permainan catur di kalangan rakyat termasuk para pelajar sebagai satu rekreasi minda.

''Program ini juga secara tidak langsung membantu orang ramai meningkatkan keupayaan bermain catur bagi memperoleh gelaran di peringkat kebangsaan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, pertandingan catur itu bermula di peringkat daerah dengan 10 peserta dipilih untuk menyertai pertandingan peringkat negeri selama lima siri pada bulan April, Jun, Ogos, Oktober dan November.

Menurutnya, daripada lima siri itu, pihak penganjur akan memilih 30 pemain catur terbaik daripada semua kategori bagi menyertai pertandingan akhir yang akan diadakan pada 18 hingga 22 Disember ini.

Jelasnya, hanya 10 pemain terbaik peringkat kebangsaan akan diisytiharkan sebagai Juara Catur Terengganu yang diiktiraf oleh Federation Internationale De Chess (FIDE).

''Johan dalam karnival catur ini akan membawa pulang wang tunai sejumlah RM10,000 manakala tempat kedua (RM7,000) dan ketiga (RM4,000) serta tujuh hadiah sagu hati.

''Pihak penganjur juga menyediakan hadiah wang tunai kepada para peserta terbaik di peringkat daerah bagi tiga kategori itu serta peringkat negeri yang jumlah keseluruhannya adalah RM49,000," ujarnya.

Menurutnya, orang ramai yang berminat menyertai pertandingan bagi kategori terbuka boleh mendapatkan borang pertandingan mulai sekarang melalui Setiausaha Persatuan Catur Negeri Terengganu (PCNT), Muhammad Arsat di talian 012-9210841.

Jelasnya, bagi pelajar sekolah yang mahu menyertai dua lagi kategori yang dipertandingkan boleh mendapatkan borang pertandingan catur di sekolah masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.