saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 23/02/2008

Perancangan kewangan semakin penting


ZARINAH Anwar diberi penerangan oleh Presiden Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia, Steve Teoh sewaktu melawat gerai pameran selepas merasmikan Persidangan Penasihat-Penasihat Perancangan Kewangan Antarabangsa di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 22 Feb. - Industri perancangan kewangan bakal menjadi perkhidmatan yang penting dalam pembangunan rantaian nilai bagi perkhidmatan pasaran modal dalam usaha memenuhi keperluan para pelabur tempatan pada masa depan.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Zarinah Anwar berkata, meskipun pembentukan industri kewangan agak kritikal tetapi ia perlu dimajukan untuk memastikan pelabur-pelabur tempatan berupaya mengakses perkhidmatan nilai tambah yang tinggi yang ditawarkan oleh perancang ekonomi.

Menurut beliau, walaupun industri perancangan kewangan masih lagi baru di Malaysia namun berdasarkan perspektif holistik, SC yakin beberapa inisiatif yang dilakukan akan menyumbang kepada persekitaran kondusif bagi momentum pertumbuhan industri tersebut.

Tambahnya, pertumbuhan bagi industri berkenaan banyak bergantung kepada jumlah produk yang ditawarkan di pasaran modal dan kepelbagaian serta kerumitan produk akan memerlukan penasihat kewangan.

Kata beliau, dalam konteks itu, SC telah mengambil pelbagai pendekatan liberalisasi untuk meluaskan pasaran produk sofistikated dan menyokong produk inovasi dan peluasan selaras dengan objektif pasaran modal tambahan yang telah memenuhi keperluan pelbagai pelabur.

''SC telah meluaskan pelbagai skim pelaburan kolektif yang kini menawarkan lebih banyak pilihan bagi kelas aset untuk portfolio seperti bon, unit amanah hartanah (REIT), pelaburan antarabangsa dan dana dagangan bursa,'' katanya ketika menyampai ucaptama Persidangan Penasihat-Penasihat Perancangan Kewangan Antarabangsa di sini hari ini.

Persidangan tahunan anjuran Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia itu diadakan sehingga Ahad ini.

Beliau berkata, di Malaysia, industri tersebut berupaya menawarkan lebih banyak produk daripada perancang persaraan, unit-unit amanah, pelaburan, perancangan hartanah, percukaian, pelaburan dalam pasaran saham, hutang, pengurusan risiko, pengurusan produk dan pengurusan kewangan perniagaan kecil.

Zarinah menambah, industri tersebut juga perlu bersama-sama membangunkan pasaran modal Islam yang komprehensif dengan meluaskan produk bagi memenuhi keperluan pelabur yang berminat untuk melabur dalam produk Syariah.

''Dalam hal ini, adalah penting bagi perancang kewangan untuk menyediakan keperluan produk dan perkhidmatan produk patuh Syariah seperti ekuiti, sukuk, unit-unit amanah, takaful, REIT dan sebagainya,'' ujar beliau.

Sementara itu, Zarinah yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, walaupun pasaran liberalisasi Malaysia masih di peringkat asas namun SC sentiasa berbincang dengan kerajaan untuk membangunkan pasaran kewangan negara mengikut potensinya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.