saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 24/02/2008

Anak Karpal, tahanan ISA antara calon DAP Selangor

PETALING JAYA 23 Feb. - Anak peguam terkenal yang juga Pengerusi DAP, Karpal Singh, Gobind Singh Deo akan bertanding di kerusi Parlimen Puchong pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Turut dicalonkan oleh DAP Selangor ialah penasihat undang-undang pertubuhan haram Hindraf, M. Manoharan yang kini di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Alam Shah.

Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, parti itu menampilkan 14 muka baru bagi bertanding merebut kerusi Parlimen dan DUN di negeri ini.

''Kali ini kesemua calon DAP merupakan golongan profesional dan kita percaya mampu merampas kerusi daripada Barisan Nasional (BN),'' katanya yang turut bertanding DUN Seri Kembangan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya mengenai kedudukan Manoharan, Hian Wah berkata, walaupun pemimpin Hindraf itu kini tahanan ISA, langkahnya bertanding tidak menyalahi undang-undang.

Tambahnya, sebelum ini, segelintir pemimpin DAP yang berada di bawah tahanan ISA pernah bertanding pada pilihan raya umum.

''Ada pihak yang akan berkempen untuk Manoharan pada pilihan raya umum kali ini,'' katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepong yang dimenanginya sejak 1982.

Tambahnya, tiga ahli DAP yang memenangi kerusi Parlimen Cheras, Seputeh dan Bukit Bintang pada Pilihan Raya Umum Ke-11 akan bertanding mempertahan kerusi masing-masing.

''Mereka ialah Teresa Kok (Seputeh), Fong Kui Lun (Bukit Bintang) dan Tan Kok Wai (Cheras),'' katanya.

Kok juga akan bertanding kerusi DUN Kinrara.

Bagi kerusi Parlimen Segambut pula, calonnya ialah Lim Lip Eng yang juga seorang peguam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.