saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/02/2008

Kemuncak OIAM hanya dua peserta bersaing

DEBARAN kemuncak saingan One In A Million (OIAM) musim kedua semakin dirasai. Apatah lagi pertandingan akhir itu nanti bakal menyaksikan perebutan antara tiga peserta wanita yang mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri dalam memburu gelaran juara OIAM 2 sekali gus membawa pulang RM1 juta.

OIAM Grand Finale yang bakal berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 29 Februari, itu hanya memberi peluang kepada dua peserta sahaja untuk membuat persembahan akhir.

Pastinya, para peminat program realiti itu ternanti-nantikan siapakah dua peserta antara Siti Sarah, Shila dan Ayu yang bakal bergelar jutawan segera.

Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar pada sidang media top 3, OIAM di Centro KL, Sooka Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, keputusan mengambil dua peserta untuk bertanding pada peringkat akhir bakal memudahkan penonton dalam membuat pemilihan siapakah yang lebih layak bergelar juara.

“Ini adalah satu cara supaya mereka tidak ambil mudah dalam pertandingan ini. Sebab itu, kita hanya akan benarkan dua peserta yang memperoleh undian tertinggi untuk bertanding.

“Pada pertandingan akhir itu, kita akan umumkan dua peserta tersebut. Kalau kita tidak buat macam ini, mereka tidak akan berusaha bersungguh-sungguh.

“Memang agak keras cara ini, tapi itulah hakikat yang harus mereka terima sebab kita mahu wujudkan satu persaingan yang benar-benar sengit,” katanya.

Tambah Izham, lagu untuk ketiga-tiga finalis tersebut telah digubah dan pada pertandingan akhir itu nanti, setiap peserta akan menyampaikan tiga buah lagu iaitu satu lagu baru, satu lagu pilihan pihak penganjur dan satu lagi adalah lagu pilihan mereka sendiri.

“Sekarang ini kami turut merancang untuk membuat album kompilasi ketiga-tiga finalis yang bakal memuatkan 11 buah lagu termasuk minus one.

“Antara komposer dan penulis lirik yang terlibat ialah Audi Mok, Aubrey Suwito, Habsah Hassan, Nur Fatima dan Tinta-s,” katanya.

Sementara itu, ketiga-tiga finalis yang ditemui pada majlis yang sama kelihatan begitu ceria dan bersemangat ketika diajak berbicara tentang persiapan mereka menjelang pertandingan akhir tersebut.

Anak kepada penyanyi ND Lala, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila, 18 menyatakan bahawa jadual latihannya untuk pertandingan akhir sangat padat.

“Shila sekarang mula menghafal ketiga-tiga lagu yang bakal Shila nyanyikan termasuklah lagu baru, Memori Tercipta yang dicipta oleh Aubrey Suwito.

Tidak mampu

“Secara jujur, pada mulanya saya ingatkan tidak mampu bawa lagu berkenaan sebab ada bahagian yang sangat tinggi dan ada bahagian yang sangat rendah, memang memakan masa jugalah untuk saya nak ingat lagu tu,“ katanya.

Ditanya harapannya terhadap pertandingan akhir itu, kata Shila: “Saya tidak mahu letak harapan yang terlalu tinggi sebab tidak mahu kecewa.

“Dari awal Shila sudah tanamkan dalam minda, kalau tak terpilih dan tak menang tak apa sebab Shila hanya nak pergi sejauh mungkin yang Shila boleh,” katanya.

Menurut penyanyi bersuara lantang, Siti Sarah Raissuddin atau Sarah, dia tidak membuat banyak persiapan untuk pertandingan akhir tersebut.

“Apa yang pasti, sekarang ni Sarah perlu jaga kesihatan, jaga pemakanan dan perlu cukup tidur.

“Masalah Sarah ialah tahap keyakinan yang terlalu rendah. Sarah boleh nyanyi, tapi bila sampai masa nak buat persembahan Sarah mula berasa gementar.

“Apapun, bila Sarah tahu peminat banyak sokong Sarah, ia membuatkan Sarah rasa lebih kuat dan tak mahu pandang ke belakang lagi,” katanya yang bakal menyanyikan lagu baru ciptaan Audi Mok, Pasti Berbeza.

Sementara itu, Norayu Damit atau Ayu, 19 ketika ditemui menyatakan perasaan bangga dan gembiranya dapat sampai ke top 3.

“Insya-Allah, Ayu yakin bahawa Ayu boleh sampai ke top 2. Walaupun Ayu masih tak pandai lagi nak berkomunikasi dengan penonton masa di atas pentas, ia tidak langsung menghalang Ayu untuk meneruskan perjuangan.

“Apa yang pasti Ayu sangat berharap dapat bersama dengan Shila pada pertandingan akhir itu nanti.

“Bagaimanapun, Ayu tidak menafikan bahawa Sarah juga mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak mustahil dia juga boleh berada antara top 2,” katanya yang akan menyanyikan lagu ciptaan Aubrey Suwito, Hanya Di Mercu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.