saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 26/02/2008

BUKTI KERAJAAN BN PRIHATIN KEPERLUAN RAKYAT

Rencana Pengarang
SEPINTAS lalu, tidak ada janji-janji manis dalam manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-12 yang diumumkan semalam.

Yang ada hanya bukti usaha dan kerja keras memastikan rakyat berada dalam keadaan selamat, aman dan makmur.

Untuk tempoh empat tahun selepas pilihan raya umum 2004, rakyat boleh lihat, dengar dan rasa sendiri apa yang telah dilakukan oleh BN.

Itu tidak termasuk sejarah cemerlangnya yang berjaya mengubah Malaysia dan rakyatnya daripada bertaraf dunia ketiga yang sarat dengan kemiskinan kepada sebuah negara yang dihormati dunia.

Mandat besar daripada rakyat pada 2004 digunakan sebaiknya oleh BN untuk memastikan janji tertunai dan setiap keputusan adil dan memberi manfaat kepada semua.

Rakyat yang waras tentunya sedar akan perubahan yang terdapat di sekeliling mereka ketika ini.

Walaupun sedikit terbeban akibat peningkatan kos hidup ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia, rakyat Malaysia masih lagi dapat menikmati keperluan harian mereka pada harga yang lebih rendah berbanding negara-negara lain. Ia ekoran kejayaan kerajaan BN mengurus ekonomi dengan baik dan setiap kenaikan di pasaran dunia diserap sama ada oleh subsidi atau insentif lain yang tidak disedari rakyat.

Pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan meliputi setiap aspek tanpa ada yang terpinggir.

Tiada kelompok yang tertinggal daripada arus pembangunan. Lihatlah pada faktanya. Kadar kemiskinan turun dengan ketara termasuk jurang antara bandar dan luar bandar. Malah rakyat yang dikatakan miskin di negara ini masih menikmati hidup yang berkualiti dan tempat tinggal yang selesa.

Walaupun bermacam-macam dijanjikan pembangkang, tetapi hampir semuanya telah dinikmati oleh rakyat negara ini kecuali yang mustahil untuk dilaksanakan.

Pendidikan misalnya diberikan percuma disertai dengan pelbagai kemudahan lain termasuk buku teks dan guru-guru yang lebih berwibawa.

Jika soal keselamatan yang dibimbangi, anggota dan balai polis telah ditambah terutama di kawasan strategik tanpa perlu menunggu pilihan raya supaya rakyat selamat.

Pengurusan ekonomi negara di bawah BN merupakan antara yang terbaik di dunia dan telah berjaya melepasi pelbagai ujian serta halangan.

Satu ketika dahulu kita tentunya tidak pernah terbayang dagangan negara mampu mencapai angka RM1 trilion. Tetapi angka itu merupakan realiti yang dicapai hari ini.

Apa lagi bukti yang diinginkan rakyat mengenai kemampuan BN menerajui negara berbanding pembangkang. Adakah ini semua mampu diberikan oleh pembangkang melalui janji-janji manis mereka?

Pandanglah dengan mata hati bukti kejayaan yang telah dicapai oleh BN selama ini. Nilai sendiri siapa yang mampu memberikan keselamatan, keamanan dan kemakmuran untuk semua.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.