saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 27/02/2008

Amirsham majukan Maybank


Mohamed Basir Ahmad (kiri) bersalaman dengan Amirsham selepas sidang akhbar mengumumkan persaraan Amirsham sebagai Presiden dan CEO Maybank di Menara Maybank, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Feb. - Spekulasi mengenai kontrak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd. (Maybank), Datuk Amirsham A. Aziz sejak tahun lalu terjawab apabila bank terbesar negara itu hari ini mengumumkan persaraannya berkuatkuasa 30 Jun ini.

Jawatan beliau digantikan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, 44, berkuatkuasa 1 Julai ini.

Pengerusi Maybank, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemilihan Abdul Wahid adalah bertepatan dengan kriteria dan kualiti yang dikehendaki oleh Maybank.

''Kami telah menyenarai pendek lima calon bagi jawatan tersebut, termasuk calon dalaman serta calon dari luar dan Abdul Wahid berada di kedudukan yang teratas dalam senarai tersebut.

''Kami percaya dengan rekod yang baik dalam pengurusan korporat dan kewangan serta pengalaman dalam sektor perbankan, Abdul Wahid mampu meneraju Maybank ke peringkat seterusnya,'' katanya dalam sidang akhbar bagi mengumumkan pelantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baru Maybank, di sini hari ini.

Pemilihan Abdul Wahid juga, berlandaskan keupayaan dan kejayaan beliau memimpin beberapa syarikat milik kerajaan (GLC), dan Maybank yakin beliau akan meneruskan kejayaan dengan kualiti tersebut di sini (Maybank), kata Basir.

Bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar, Abdul Wahid akan menyertai Maybank pada 2 Jun ini, katanya.

Tambah Basir, ahli Lembaga Pengarah Maybank merakamkan penghargaan kepada Amirsham, 57, di atas perkhidmatan, komitmen dan kepimpinan beliau sehingga membawa Maybank muncul sebagai sebuah institusi kewangan terbesar di negara ini.

''Kami menghargai jasa, integriti, seorang profesional yang berkemahiran tinggi dan setia yang telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan Maybank.

''Walaupun sedih dengan pemergian (Datuk) Amirsham, tetapi kami menghormati keputusannya untuk bersara bagi meluangkan masa bersama keluarganya,'' ujarnya.

Menurut Basir, di bawah pentadbiran Amirsham, Maybank telah menunjukkan pertumbuhan positif dengan kenaikan keuntungan daripada RM1.16 bilion pada tahun 1994 kepada RM4 bilion pada tahun kewangan yang lalu.

Selain itu, Amirsham turut bertanggungjawab meluaskan kedudukan Maybank ke kawasan serantau daripada 33 pejabat pada tahun 1994 kepada 89 pejabat, dengan operasi antarabangsa Maybank telah menyumbang lebih 16 peratus kepada jumlah keuntungan bank tersebut.

Abdul Wahid telah menyertai sektor kewangan selama 10 tahun sebelum dilantik sebagai CEO TM.

Antara jawatannya semasa terlibat dalam sektor kewangan ialah sebagai Pengerusi Amanah Short Deposit Bhd. serta Pengerusi Association of Discount Houses.

Abdul Wahid juga merupakan Pengarah Amanah Merchant Bhd. dan juga terlibat dalam usaha mengembalikan keuntungan UEM Renong yang sebelum itu menghadapi masalah kewangan.

Sementara itu, Amirsham, ketika ditemui berkata, beliau bangga kerana telah berjaya membina Maybank menjadi sebuah bank terbesar dan terkemuka di negara ini.

Amirsham memulakan perkhidmatannya dengan Maybank 30 tahun lalu, sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan bank itu pada tahun 1994.

Ketika ditanya mengenai persaraannya, Amirsham berkata: ''Sudah semestinya saya berasa sedih kerana sudah lama bersama dengan Maybank, tetapi bangga kerana misi dan visi saya untuk Maybank telah tercapai.''

Pengerusi TM, Tan Sri Ir. Md. Radzi Mansor ketika mengumumkan peletakan jawatan Abdul Wahid sebagai CEO TM pula berkata, bekas CEO Maxis, Datuk Jamaludin Ibrahim, dilantik sebagai CEO Kumpulan TM Internatinal Bhd. (TMI).

Sebelum ini, Datuk Zamzamzairani Mohd. Isa telahpun diumumkan sebagai CEO TM FixedCO), sebuah lagi entiti perniagaan di bawah pengasingan TM.

Md. Radzi juga mengumumkan bahawa Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Azman Mokhtar pula dilantik sebagai Pengerusi TMI.

Pelantikan kedua-dua jawatan tokoh tersebut berkuatkuasa pada 3 Mac ini.

Abdul Wahid, bagaimanapun akan terus memegang jawatan sebagai CEO TM sehingga selesai langkah pengasingan kumpulan itu menjelang akhir suku kedua tahun ini.

Mengulas lanjut mengenai pelantikan Abdul Wahid sebagai Presiden dan CEO Maybank yang baru, Ir. Md. Radzi berkata, Abdul Wahid telah memainkan peranan penting dalam melaksanakan pelbagai inisiatif untuk pertumbuhan TM sejak beliau menyertai kumpulan itu pada bulan Julai, 2004.

''Abdul Wahid telah mengubah kedudukan kewangan TM yang ketika itu hanya mencatat hasil sebanyak RM12 bilion tetasehingga meningkat kepada RM18 bilion sekarang,'' jelasnya.

Mengulas mengenai pelantikan Azman, pula, Ir. Md. Radzi berkata, Azman bukan orang asing bagi TM kerana beliau merupakan ahli lembaga pengarah kumpulan itu sejak Jun 2004.

''Saya yakin Azman akan memberi panduan strategik kepada lembaga pengarah dan juga pengurusan TM.

''Saya yakin TMI akan mendapat manfaat daripada pengalaman luas dan juga pengetahuan mendalam Azman dalam Khazanah,'' jelasnya.

Mengenai pelantikan Jamaludin, 50, pula, beliau berkata, ia adalah calon yang ideal untuk mengemudi TMI di fasa pertumbuhan akan datang memandangkan Jamaludin memiliki pengalaman luas dalam industri telekomunikasi khususnya dalam operasi mudah alih dan teknologi maklumat.

''Kemahiran dan pengalamannya akan membawa impak besar bagi membangunkan TMI untuk menjadi pengendali mudah alih serantau terulung di rantau ini,'' ujarnya.

Jamaludin, menyertai Maxis pada tahun 1997 dan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Maxis pada April 2002 dan kemudian dilantik sebagai CEO syarikat itu (Maxis) pada Disember 2006.

Bagaimanapun pada 1 Ogos 2007, beliau telah meletakkan jawatan sebagai CEO Maxis tetapi masih berada di dalam Lembaga Pengarah syarikat berkenaan.

Jamaludin berkhidmat selama 12 tahun di IBM Malaysia dan kemudian memegang jawatan Pengarah Urusan dan CEO Digital Equipment (M) Sdn. Bhd. dari tahun 1993 hingga 1997.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.