saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 27/02/2008

Nai Kwong tidak bimbang berdepan Pengerusi DAP negeri

MELAKA 26 Feb. - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Datuk Koh Nai Kwong tidak bimbang untuk berdepan dengan Pengerusi DAP negeri, Goh Leong San walaupun calon pembangkang itu berjaya memenangi kerusi DUN Banda Hilir pada pilihan raya lalu.

Menurut Nai Kwong, beliau yakin pengundi di Kesidang sudah dapat menilai siapa yang terbaik dan boleh mewakili mereka memandangkan Leong San sendiri pernah menjadi wakil rakyat di Kesidang (sebelum ini dikenali Tengkera) pada pilihan raya 1999.

''Sejak memenangi kerusi ini pada tahun 2004, kita telah banyak melaksanakan pembangunan di Kesidang dan menunaikan segala janji dan tuntutan pengundi pada pilihan raya lalu serta menyelesaikan kes-kes tertunggak selama di bawah pembangkang sebelum ini.

''Saya percaya pengundi Kesidang bijak untuk menilai siapa yang terbaik untuk mewakili mereka. Saya yakin mereka akan memilih BN," kata beliau di sini hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pecah tanah projek pembinaan Hotel Pahla 1, di Banda Hilir di sini yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Pada pilihan raya tahun 1999, Leong San berjaya mengalahkan calon BN, Soon Tian Szu di DUN Tengkera pada masa itu dengan majoriti 1,984 tetapi pada tahun 2004, beliau telah berpindah ke DUN Banda Hilir dan berjaya menewaskan calon BN, Chock Choon Sin dengan majoriti 356 undi.

Manakala Nai Kwong yang kali pertama bertanding berjaya merampas semula kerusi Kesidang apabila menewaskan Lim Jak Wong juga dari DAP dengan majoriti 1,701 undi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan negeri berkata, walaupun yakin para pengundi akan memilih BN pada 8 Mac ini tetapi beliau dan seluruh jentera BN tidak boleh berdiam diri.

''Kami akan terus bekerja dengan lebih gigih dan kuat bagi memastikan semua pengundi di Kesidang memilih BN. Perlu diingat BN sudah bekerja memberi khidmat sejak empat tahun lalu di sini dan bukannya apabila hampir pilihan raya," kata beliau.

Nai Kwong berkata, pihaknya telah mengenal pasti satu daripada lapan kawasan peti undi di DUN ini menunjukkan kecenderungan kepada calon pembangkang tetapi percaya ia boleh dikurangkan sepanjang kempen pilihan raya ini berlangsung.

''Peti undi Kampung Lapan, Tengkera dikenal pasti kawasan yang mempunyai ramai penyokong pembangkang. Kami akan bekerja kuat untuk memastikan mereka menyokong BN manakala kawasan lain kelihatan cenderung kepada BN," kata beliau.

Mengenai isu babi di Masjid Tanah yang dibawa oleh pembangkang dalam ceramah mereka, Nai Kwong berkata, isu tersebut sudah selesai apabila kerajaan telah membayar pampasan kepada semua pemilik ladang ternakan di luar Paya Mengkuang.

Kata beliau, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM21 juta untuk pemberian pampasan kepada penternak terbabit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.