saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/02/2008

Seremban diisytihar bandar raya 09.09.09

SEREMBAN 27 Feb. - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengumumkan pengisytiharan rasmi Seremban sebagai bandar raya yang akan dibuat pada 9 September 2009.

Menurutnya, tarikh 09.09.09 itu mendapat kelulusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta semua syarat pengiktirafan sebagai bandar raya sudah dipatuhi.

Tambahnya, kawasan bandar raya Seremban akan meliputi bandar ini yang kini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan seluruh kawasan Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

"Dengan pengisytiharan Seremban sebagai bandar raya ini, rakyat akan menikmati pelbagai manfaat.

"Ini termasuk peruntukan yang lebih besar daripada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pembangunan," katanya.

Belia berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Angsamas, Rantau, di sini hari ini.

Pada masa ini jumlah penduduk di bawah MPS dan MPN melebihi 500,000 orang dan pendapatan per kapita penduduk di kedua-dua kawasan telah melayakkan Seremban diisytiharkan sebagai bandar raya.

Sementara Mohamad mengingatkan penduduk di kawasan Seremban dan Nilai supaya tidak terburu-buru menjual tanah ekoran pengisytiharan Seremban sebagai bandar raya.

"Memanglah selepas menjadi bandar raya, nilai tanah-tanah di Seremban akan melambung naik tetapi penduduk sepatutnya tidak menjual tanah mereka kerana ia adalah harta yang yang dipertahankan.

"Apa yang penduduk perlu lakukan ialah meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam merebut peluang-peluang yang wujud berikutan pengisytiharan sebagai bandar raya," tambahnya.

Mohamad berkata, langkah menaikkan taraf ke bandar raya selaras dengan agenda kerajaan negeri mencapai status negeri maju menjelang 2010.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.