saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 29/02/2008

BN yakin rampas DUN Manir

HULU TERENGGANU 28 Feb. – Barisan Nasional (BN) yakin akan mampu meranapkan penguasaan Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini berikutan dua peti undi Pas di Teluk Menara dan Pujuk yang menjadi benteng terkuat parti itu kini berjaya ditembusi UMNO.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, berdasarkan perkembangan terbaru itu, calon BN di kawasan itu berupaya mengalahkan calon Pas sekali gus menggagalkan impian pembangkang untuk terus menguasai Manir.

‘‘Saya yakin dengan calon yang terbaik ditampilkan, BN akan kembali merampas DUN Manir,” katanya semasa bersarapan pagi di Kampung Bahagia, Manir di sini hari ini.

Hadir sama calon BN Parlimen Hulu Terengganu, Mohd. Nor Othman dan calon BN bagi DUN Manir, Wan Sagar Wan Embong.

Kawasan Manir menjadi gelanggang pertarungan sengit antara calon BN dan pembangkang pada pilihan raya umum kali ini kerana ia bakal menentukan nasib dan masa depan calon Pas, Datuk Harun Taib yang mewakili kawasan tersebut sejak empat penggal lalu.

Pada pilihan raya umum 2004, Datuk Harun Taib (Pas) berjaya menumpaskan calon BN, Wan Sagar, 52, dengan memperoleh 4,451 undi manakala Wan Sagar mendapat 4,141 undi iaitu majoriti 310 undi.

Pemerhati politik berpendapat BN mempunyai peluang cerah untuk menumpaskan Harun memandangkan semenjak Manir berada dalam genggaman pembangkang, tidak banyak perubahan dilakukan kecuali janji-janji manis untuk rakyat.

DUN Manir mempunyai tujuh peti undi iaitu Kedai Manir, Teluk Menara, Beladau Kolam, Pulau Bahagia, Batu Hampar, Pujuk dan Durian Mas.

Sementara itu Wan Sagar yakin BN mampu mencatat kejutan dalam pilihan raya kali ini memandangkan kehadiran wakil rakyat pembangkang itu ternyata gagal membawa perubahan.

Katanya, masalah utama yang dihadapi oleh pengundi kawasan itu sekarang ialah wakil rakyat sedia ada tidak berupaya menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi mereka.

‘‘Pelbagai masalah rakyat di Manir termasuk kesihatan, keperluan hidup yang memerlukan penyelesaian gagal dilakukan kerana wakil rakyat yang ada gagal mendampingi mereka,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.