saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 03/03/2008

Keputusan SPM dan STAM diumum 12 Mac

03/03/2008 7:38pm

KUALA LUMPUR 3 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2007 akan diumumkan pada 12 Mac ini bermula pukul 10 pagi.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom memberitahu, calon persendirian boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui pos yang akan dihantar oleh jabatan pelajaran negeri masing-masing.

Katanya, seramai 439,255 pelajar menduduki SPM di 3,913 buah pusat peperiksaan pada 12 November hingga 6 Disember tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, 386,265 atau 87.9 peratus adalah pelajar sekolah kementerian pelajaran dan 14,672 atau 3.4 peratus adalah pelajar sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu.

``Selebihnya, 10,687(2.4 peratus) adalah calon sekolah swasta dan 27, 631 (6.3 peratus) adalah calon persendirian,’’ jelasnya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Alimuddin menambah, bagi peperiksaan STAM pula, seramai 6,552 pelajar telah menduduki peperiksaan itu di mana 878 (13.4 peratus) adalah calon sekolah bantuan penuh kerajaan diikuti 3,991 (61.0 peratus) adalah calon sekolah agama tadbiran kerajaan negeri.

Ia diikuti 902 (13.8 peratus) calon sekolah agama rakyat, 23 (0.4 peratus) calon swasta dan 748 (11.4 peratus) calon persendirian yang dijalankan di 84 buah pusat peperiksaan dalam tempoh yang sama.

Sementara itu, menurut beliau, Majlis Pengumuman Analisis Keputusan SPM dan STAM turut diadakan pada hari yang sama di Putrajaya pada pukul 9 pagi sebelum pengumuman rasmi dikeluarkan.- Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.