saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/03/2008

Pola undian penonton OIAM2 berubah

MALAM Jumaat lalu, pertandingan realiti TV terbitan 8TV, One In A Million (OIAM) sudah pun menemui juaranya yang kedua apabila anak kelahiran Putatan, Sabah, Norayu Damit atau Ayu membawa pulang hadiah keramat, RM1 juta yang bakal menentukan hala tuju dirinya dalam industri hiburan.

Sudah pasti selepas ini cabaran yang menanti Ayu bukanlah sebarangan kerana seperti yang kita semua sedia maklum, dunia seni sememangnya memerlukan kecekalan serta ketabahan untuk memastikan nama kita terus kukuh untuk satu jangka masa yang lama.

Secara automatik, Ayu kini sah menjadi artis di bawah syarikat rakaman, Monkey Bone Sdn. Bhd., sebumbung dengan juara dan naib juara OIAM tahun lalu iaitu Suki dan Faizal Tahir.

Malah, Shila selaku naib juara juga akan menjadi artis rakaman di bawah syarikat rakaman itu.

Pemilihan Ayu dilihat telah mengubah pola pengundian apabila kini rakyat Malaysia sudah semakin bijak menilai bakat daripada pakej yang ditampilkan.

Bukan Ayu sahaja, malah dua finalis lain iaitu Shila dan Sarah juga menjadi pilihan pengundi untuk terus berada di kedudukan tiga teratas.

Mungkin rakyat Malaysia sendiri tidak mahu kejadian yang memalukan berulang lagi seperti mana apa yang berlaku tahun lalu saat Suki dinobatkan sebagai juara yang mengundang 1,001 persoalan dan kemusykilan.

Senario itu diakui sendiri Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, yang mengakui finalis OIAM musim ini lebih hebat dan mantap berbanding tahun lalu.

“Apa yang boleh saya katakan, saya begitu gembira dan teruja melihatkan tiga finalis hebat ini yang sudah secara terangan kita dapat lihat pemilihan mereka berdasarkan bakat dan bukannya personaliti mereka,” katanya.

Sememangnya, kejayaan Ayu dianggap sebagai kemenangan bermaruah dan penebus kekecewaan untuk melihat mereka yang sebetulnya layak dan berbakat merangkul gelaran juara OIAM.

Bercerita tentang bakat dan personaliti, sehingga kini, tiada berita yang didengar tentang Suki dan wang kemenangan RM1 juta yang berada di genggamannya.

Ke manakah dia menghilang dan di manakah pula janji manis yang ditabur untuk terus memahatkan nama Suki di persada seni tanah air seiring dengan wang RM1 juta itu?

Menjelaskan persoalan itu, Ahmad Izham berkata, Suki akan muncul dengan album solonya tidak lama lagi.

Berbeza dengan artis popular, Suki akan muncul dengan dua buah album sekali gus iaitu sebuah album Cina dan sebuah album Melayu.

Tetapi, laluan untuk menaikkan nama Suki kembali mungkin agak sukar memandangkan namanya seakan-akan hilang dibawa angin lalu.

Sebaliknya, Faizal Tahir yang lebih menyerlah dan pelbagai pencapaian sudah dinikmatinya. Malah, album sulungnya, Aku.Muzik.Kamu juga sudah mencapai jualan 10,000 unit hanya selepas empat bulan berada di pasaran.

Mungkin tidak mahu apa yang menimpa Suki berulang lagi, Ahmad Izham menegaskan, pihaknya kini sudah menyusun strategi untuk terus mengukuhkan nama Ayu di persada seni.

Sudah pun mempunyai koleksi lagu yang akan dimuatkan dalam album sulungnya kelak, Ayu dijangka akan memulakan rakamannya tidak lama lagi.

Tetapi, harus diingat, Ayu lahir dengan bakat tersendiri, asli dan suci yang pastinya Ahmad Izham dan pasukannya perlu bekerja keras untuk terus memahat nama Ayu sebagai antara pelapis yang berjaya di dalam industri.

Bukan berlandaskan pada bakat semata-mata, tetapi Ayu juga perlu menitik beratkan personalitinya terutama sekali saat berdepan dengan media.

Ayu mungkin mahu menjadi seorang yang jujur tetapi dalam industri hiburan yang penuh dengan hipokrasi dan pancaroba ini, kejujuran adakalanya perlu diletakkan di belakang. Bukan tidak boleh bertindak jujur, namun ia perlu kena pada tempatnya.

Lagi sekali, semua ini adalah tugas Monkey Bone untuk mencorakkan Ayu dan perlu percaturan mereka berada dalam langkah yang kemas dan ada hala tujunya.

Dengan Ahmad Izham sebagai ketuanya, sudah pasti Ayu tidak akan disia-siakan begitu sahaja dan sebagaimana Faizal yang lahir dengan produk yang berkualiti, begitu juga apa yang diinginkan Ahmad Izham terhadap produk Ayu dan Shila kelak.

Seperkara lain yang dapat dilihat adalah apabila artis yang mempunyai nama seakan-akan tidak dipandang dan tidak menjadi pilihan pengundi untuk beraksi di pentas akhir apabila mereka tersingkir di saat memulakan langkah untuk bertarung di medan peperangan.

Jika tahun lalu, Dayang Nurfaizah tersingkir sebelum melangkah ke peringkat akhir, tahun ini, penyanyi genit berbakat besar, Sarah pula menjadi mangsa.

Apakah mungkin OIAM sememangnya tidak layak untuk artis yang sedia ada atau pengundi mahu muka baru untuk terus mewarnai industri hiburan tanah air?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.