saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 06/03/2008

Permohonan defendan batal tuntutan Tajudin Ramli ditolak

KUALA LUMPUR 5 Mac - Permohonan lapan daripada 24 defendan untuk membatalkan tuntutan balas tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli terhadap mereka bagi menuntut ganti rugi RM13.46 bilion, ditolak dengan kos oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Iris Anak Awen Jon membuat keputusan itu di kamar beliau.

Tiga defendan berkenaan ialah tiga syarikat Danaharta iaitu Pengurusan Danaharta serta dua subsidiarinya, Danaharta Urus Nasional Bhd. (Danaharta) dan Danaharta Managers Sdn. Bhd.

Sementara lima defendan lagi terdiri daripada empat pegawai Danaharta iaitu Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah serta Commerce International Merchant Bankers Bhd (CIMB)

Selain lapan defendan tersebut, baki 16 defendan yang dinamakan oleh Tajudin dalam tuntutan balasnya telah mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman berkenaan.

Permohonan empat defendan iaitu Telekom Malaysia Berhad, Telekom Enterprise Sdn. Bhd., Technology Resources Industries Berhad dan Celcom (Malaysia) Berhad telah ditolak oleh mahkamah dengan kos pada 28 Ogos tahun lalu.

Sementara permohonan oleh defendan-defendan lain masih lagi di peringkat pendengaran oleh Iris.

Dalam tuntutan balas itu, Tajudin menuntut RM6.25 bilion daripada Telekom dan 12 defendan yang lain berhubung penjualan saham TRI oleh Danaharta.

Beliau turut menuntut ganti rugi RM7.2 bilion daripada kesemua 24 defendan terbabit.

Saman itu merupakan tuntutan balas Tajudin terhadap saman yang diterimanya daripada Danaharta dan dua anak syarikatnya, Danaharta Urus serta Danaharta Managers bagi menuntut hutang berjumlah RM589 juta.

Danaharta menyaman Tajudin bagi bayaran baki pinjaman RM1.79 bilion yang diberikan kepada tokoh tersebut pada tahun 1994 untuk membiayai pembelian 32 peratus ekuiti dalam Sistem Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS).

Menurut Danaharta, pegangan itu dijual balik kepada kerajaan bagi RM1.8 bilion pada tahun 2000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.