saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 08/03/2008

Melaka bakal miliki monorel RM28 juta 2009


MOHD. Ali Rustam (tengah) bersama (dari kiri) Yusof Jantan, Asmah Abdul Abdul Rahman, Ismail Salleh dan Lee Kiet Lee, calon BN Kota Laksamana menunjukkan isyarat bagus pada Majlis Perlancaran Projek Monorel, Roller Coaster dan Glider di Sungai Melaka, semalam.


MELAKA 7 Mac - Selepas aerorail, Melaka bakal mempunyai kemudahan pengangkutan monorel bernilai RM28 juta meliputi taman permainan roller coaster dan glider di Sungai Melaka menjelang bulan Mac tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, monorel sepanjang 1.6 kilometer bermula dari jambatan Hang Tuah berdekatan Taman Rempah itu akan mula dibina bulan depan dan boleh memuatkan 80 orang pada satu-satu masa.

Menurutnya, dua stesen disediakan iaitu Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Eye on Melaka yang mempunyai dua platform menunggu untuk keselesaan pengguna.

''Apabila siap keseluruhan projek ini kelak, ia bakal menjadi taman permainan terbuka seperti Disneyland yang popular di kalangan pelancong asing, sekali gus membantu merealisasikan hasrat Melaka untuk menarik 6.8 juta pelancong pada tahun ini.

''Usaha ini juga menjadi satu lagi mercu tanda bagi kawasan Sungai Melaka yang kian popular sebagai salah destinasi pelancongan utama di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan projek Monorel, Roller Coaster dan Glider di sini hari ini.

Projek itu yang diusahakan oleh Agibs Engineering and Construction Sdn. Bhd., apabila siap kelak akan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selaku pemilik projek tersebut.

Keluasan setiap stesen monorel adalah 2,500 kaki persegi dan kelajuan monorel ialah 12 kilometer sejam.

Selain itu, kata Mohd. Ali, projek roller coaster yang boleh memuatkan 900 orang pada satu masa itu serta glider akan dibina berhampiran stesen Hang Tuah iaitu di Eye on Melaka.

Ujarnya, kawasan tersebut juga akan dilengkapi dengan kemudahan kiosk, tandas, surau dan dataran terbuka bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.

''Dengan menaiki monorel, pengunjung dapat menikmati pemandangan di Sungai Melaka, khususnya perkampungan warisan Kampung Morten, Eye on Melaka dan bangunan bersejarah yang lain di kawasan itu," kata beliau.

Sementara itu, bagi fasa kedua projek monorel tersebut, landasan yang sedia ada akan disambung dengan 1.6 kilometer lagi landasan bermula di Jambatan Chan Koon Cheng ke The Stadhuys.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.