saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 09/03/2008

Empayar BN berakhir

REBAHNYA empayar Parti Gerakan yang bertapak di Pulau Pinang sejak 1969 pada Pilihan Raya Umum ke-12 amat mengejutkan. Seawal pukul 8.15 malam lagi semalam, desas-desus kekalahan BN negeri itu telah tersebar meluas menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kesahihannya diragui tetapi apabila Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon kecundang di kerusi Parlimen Batu Kawan di tangan Prof. Dr. P. Ramasamy dari DAP, barulah berita yang sukar dipercayai itu diterima.

Apakah yang sebenarnya terjadi? Mengapa Gerakan dan MCA tewas teruk, sebegitu mudah?

Ironinya, sepanjang kempen selama 13 hari pilihan raya umum ini, DAP yang dikepalai Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng kerap memainkan isu-isu perkauman yang banyak menimbulkan kemarahan masyarakat Cina.

Antaranya, isu yang ‘popular’ dimainkan DAP ialah kononnya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan dirampas oleh UMNO. Pernah Guan Eng berkata: ‘‘Kalau berlaku senario pilihan raya umum 1990 yang menyaksikan UMNO memperoleh 12 kerusi, DAP 13 kerusi, Gerakan tujuh kerusi manakala MCA dan MIC kosong, kita (DAP) akan tetap menyokong Gerakan bagi mengelakkan kerusi Ketua Menteri jatuh ke tangan UMNO.”

Ungkapan itu sering diadu domba oleh Guan Eng sama ada pada sidang akhbar mahupun ketika berceramah termasuk terbaru di padang Sekolah Menengah Han Chiang, Khamis lalu.

Malah, dalam ceramah DAP yang diikuti Mingguan Malaysia, Guan Eng dengan lantang mempersoalkan kenapa tiba-tiba nama Teng Chang Yeow tersenarai sebagai calon bakal Ketua Menteri selepas nama Chia Kwang Chye dikeluarkan untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Bendera.

‘‘Setelah Kwang Chye dan Dr. Teng Hock Nan, tiba-tiba nama Teng Chang Yeow, ini semua kerja UMNO mahu campur tangan,” kata anak Lim Kit Siang itu yang turut memenangi kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih.

Selain itu, isu keris dihunus oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein pada Perhimpunan Agung UMNO lepas turut dipolitikkan oleh DAP. DAP mendakwa MCA dan Gerakan seolah-olah ‘memandang sepi’ isu tersebut dan kononnya tidak menentang tindakan itu meskipun dikatakan ramai kaum Cina tidak berpuas hati.

Pada masa sama, isu rasuah yang didakwa melibatkan segelintir pemimpin kerajaan turut menjadi ‘buah tangan’ kempen DAP.

‘‘Selain itu isu pembangunan melibatkan projek Penang Global City Centre di George Town turut dipolitikkan oleh pembangkang atas dakwaan ia tidak membawa sebarang manfaat kepada penduduk tempatan. Sebaliknya, ia mendakwa projek itu terlalu dikomersialkan sehingga membebankan rakyat,” menurut seorang penganalisis politik Cina Pulau Pinang kepada Mingguan Malaysia di Hotel Red Rock, George Town - lokasi sidang akhbar pengumuman kemenangan DAP oleh pengerusi negerinya, Chow Kon Yeow malam tadi.

Menurut pemerhati politik itu lagi, kenyataan seorang pemimpin muda UMNO yang dikatakan cuba menghidupkan kembali Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga diputarbelitkan oleh pembangkang yang kononnya akan melemahkan ekonomi kaum Cina.

Di Hotel Red Rock semalam, para penyokong DAP berteriak meraikan kemenangan DAP.

Di luar, hujan lebat sejak 3.30 petang mula reda menjelang senja. Kemuncaknya sudah terjawab – satu peralihan kuasa daripada Gerakan kepada DAP.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.