saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/03/2008

Omar Nawab meninggal dunia

KUALA LUMPUR 8 Mac – Penggubah lagu era 70-an, Omar Khan Nawab Khan, 65, meninggal dunia di Hospital Selayang di sini awal pagi ini setelah menghidap penyakit kencing manis.

Beliau yang merupakan adik bongsu kepada pengubah lagu terkenal tanah air, Datuk Ahmad Nawab disahkan meninggal dunia pada pukul 2 pagi.

Menurut anak saudaranya, Zabedah Yacob, Allahyarham menghidap kencing manis sejak beberapa tahun lalu dan sering berulang alik ke hospital untuk menerima rawatan.

“Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Taman Samudera, Gombak kira-kira pukul 11.30 pagi ini,” kata Zabedah ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, bapa saudaranya itu meninggalkan seorang anak lelaki, Najib Khan.

Lagu gubahan Omar Nawab yang dilahirkan di Pulau Pinang, pernah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal era 70-an termasuk Noor Kumalasari dan Ahmadi Hassan.

Beliau turut menggubah lagu untuk filem.

Allahyarham juga pernah menerima anugerah dalam Anugerah Industri Muzik (AIM).

Seorang lagi penggubah lagu dari keluarga Nawab ialah Akhbar Nawab.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.