saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 10/03/2008

Samy Vellu tewas di tangan pengundi bukan Melayu

IPOH 9 Mac - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menerima kejutan terbesar dalam sejarah politiknya apabila tewas di kerusi Parlimen Sungai Siput yang menjadi kubu kuatnya sejak tahun 1974 pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam.

Lebih memilukan, beliau tewas pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-72.

Samy Vellu kalah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Michael Jeyakumar Devaraj dengan majoriti sebanyak 1,821 undi walaupun pernah mencatatkan kemenangan besar ke atas calon sama pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004.

Menteri Kerja Raya itu dilihat beredar dari pusat pengiraan undi Sungai Siput pada pukul 8 malam, seolah-seolah sudah mengetahui mengenai kekalahannya walaupun keputusan rasmi bagi kerusi Parlimen itu hanya diumumkan lewat malam tadi.

Sebelum ini, Samy Vellu dijangka tidak menghadapi masalah mengekalkan kedudukannya di sebalik isu yang dimainkan oleh Hindu Rights Action Force (Hindraf) tetapi keputusan semalam menunjukkan keadaan sebaliknya walaupun beliau popular di kalangan penduduk Melayu kawasan tersebut.

Jumlah pengundi Melayu di kawasan Sungai Siput sebanyak 37.41 peratus nyata tidak dapat membantu beliau memandangkan majoriti penduduk terdiri daripada kaum Cina sebanyak 39.57 peratus dan India sebanyak 22.96 peratus.

Di kawasan Sungai Siput, hanya Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Ahamad Fakeh Adam menang ke atas calon PKR dengan majoriti 1,821 undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang yang mempunyai majoriti pengundi Melayu sebanyak 62.18 peratus manakala kerusi DUN Jalong yang majoriti pengundinya adalah kaum Cina dan India dimenangi DAP.

Ini menunjukkan faktor sokongan pengundi bukan Melayu terhadap parti pembangkang pada pilihan raya kali ini menyumbang kepada kekalahan Samy Vellu.

Di Perak, daripada enam kerusi yang ditandingi MIC, hanya Ketua Penerangannya, Datuk M. Saravanan menang di kerusi Parlimen Tapah tetapi ia merupakan kawasan majoriti Melayu manakala calon-calon lain termasuk Naib Presidennya, Datuk S. Veerasingam tewas di kawasan masing-masing.

Pola kecenderungan pengundi bukan Melayu menyokong calon parti pembangkang bukan hanya berlaku di Perak tetapi di negeri-negeri lain yang menyaksikan BN kehilangan Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang mempunyai ramai kaum Cina dan India.

Malah, beberapa kerusi di kawasan bandar di Negeri Sembilan dan Johor turut dirampas pembangkang.

Samy Vellu sebelum ini dikatakan ingin bertanding pada pilihan raya kali ini buat penggal terakhir sebelum mengundurkan diri tetapi keputusan semalam mungkin menandakan MIC perlu melakukan perubahan bagi mengembalikan keyakinan kaum India terhadap parti tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.