saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 10/03/2008

KEMATANGAN RAKYAT DITUNJUKKAN MELALUI UNDI

Rencana Pengarang
KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-12 menggambarkan kehendak para pengundi terhadap parti-parti yang bertanding.

Semua pihak menganggap satu kejutan besar ditunjukkan oleh rakyat dalam pilihan raya kali ini.

Pendirian rakyat yang diterjemahkan dalam bentuk undi menjelaskan watak calon yang layak menjadi wakil rakyat dan parti politik mana yang dipilih untuk membentuk kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

Jelas, sesetengah rakyat berbilang kaum sudah berani menukar arah sokongan mereka daripada Barisan Nasional (BN) kepada parti-parti pembangkang terutama DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Ada makna tersirat yang ditonjolkan oleh pengundi negara ini sekarang? Mereka ingin memberitahu kerajaan BN bahawa rakyat sudah bergerak ke arah kematangan dalam politik.

Jika dahulu mereka takut mengambil risiko tetapi kini pengundi tidak gentar lagi untuk menolak tokoh-tokoh pemimpin BN di peringkat negeri mahupun nasional.

Mereka juga berani berhadapan kemungkinan dengan menukar kerajaan negeri yang dipimpin oleh BN kepada parti pembangkang, meskipun tidak pernah mentadbir mana-mana negeri.

Pemimpin dan penyokong BN harus menerima keputusan ini dengan tenang. Mereka harus segera berubah.

Hakikatnya sekarang, pengundi sudah matang. Mereka tidak boleh diperlekehkan.

Rakyat mahu wakil rakyat dan sistem penyampaian yang ‘bersih’. Segala dasar negara dan pengurusan kewangan perlu telus.

Ada iktibar daripada kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan kerajaan negeri. Sekurang-kurangnya kita harap BN akan mengesan kelemahan yang menyebabkan rakyat menolak mereka.

Dengan kuasa yang masih ada untuk memerintah Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu, kerajaan BN tidak boleh memandang sepi keluh resah orang ramai lagi.

Kini dengan ada pembangkang yang kuat di Dewan Rakyat dan BN pula menjadi pembangkang di lima negeri yang ditawan oleh pembangkang, maka proses timbang tara diharap dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Apa pun, kita berharap kerajaan BN akan bekerja lebih kuat dan berganda untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.

Pemimpin BN dan kakitangan kerajaan yang dipimpinnya tentu sedar apa yang rakyat mahukan daripada mereka.

Jika BN dapat menangani masalah yang bersarang dalam pemikiran rakyat, maka pada pilihan raya umum akan datang mungkin parti ini boleh diterima semula.

Rakyat mahu menunjukkan bahawa mandat yang diberikan kepada parti-parti politik untuk memerintah negara atau negeri dalam Persekutuan Malaysia ini, jangan sampai melupakan kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka.

Jika rakyat berasa tidak puas hati, mereka boleh tunjuk melalui undi. Mereka boleh tukar calon lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.