saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 11/03/2008

Dilema bentuk kerajaan di Selangor, Perak

IPOH 10 Mac – Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dan Perak pada pilihan raya kali ini, pakatan pembangkang menghadapi masalah untuk membentuk kerajaan negeri kerana tidak ada persefahaman.

DAP yang menjalinkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan tidak mempunyai sebarang pakatan dengan Pas kerana perbezaan ideologi perjuangan.

DAP sejak sekian lama tidak bersetuju dengan perjuangan untuk membentuk negara Islam yang dibawa oleh Pas.

Tanpa penyertaan Pas, DAP dan PKR tidak boleh membentuk kerajaan negeri kerana gagal memperoleh majoriti dua pertiga atau majoriti mudah.

Sebagai contoh di Perak, tanda tanya siapa bakal dilantik Menteri Besar baru Perak masih belum terjawab sehingga petang ini.

DAP memenangi sebanyak 18 kerusi DUN, manakala PKR dan Pas masing-masing memperoleh tujuh dan enam kerusi.

Jumlah kerusi DAP dengan PKR iaitu sebanyak 25 kerusi masih belum cukup untuk mengatasi jumlah kerusi yang dimenangi oleh BN sebanyak 28 kerusi.

Setiap parti memerlukan 39 kerusi untuk majoriti dua pertiga dan 30 kerusi bagi majoriti mudah.

Justeru, DAP dan PKR sangat-sangat memerlukan sokongan Pas untuk membentuk kerajaan negeri campuran di Perak, tetapi umum mengetahui matlamat perjuangan DAP dan Pas adalah berbeza.

DAP juga memberikan isyarat jelas bahawa parti itu ingin meletakkan calonnya sebagai Menteri Besar Perak berdasarkan jawapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika ditanya siapa bakal menjawat jawatan tertinggi kerajaan negeri itu pada sidang akhbar di sini hari ini.

‘‘DAP sokong DAP,” itu jawapan ringkas Kit Siang ketika menjawab soalan wartawan apabila ditanya siapa yang disokong oleh parti itu untuk dilantik menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, harapan DAP itu mungkin tidak kesampaian walaupun Pas sanggup ‘bersekongkol’ untuk membentuk kerajaan negeri di Perak.

Ini kerana walaupun DAP memenangi sebanyak 18 kerusi iaitu yang terbanyak di kalangan tiga parti pembangkang, calon parti itu tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak kerana semua calon parti itu adalah daripada kalangan bukan Melayu dan Islam.

Ini jelas bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang memperuntukkan jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri itu disandang oleh seorang Melayu yang beragama Islam.

Sementara itu, di SELANGOR setiap parti memerlukan 38 kerusi untuk majoriti dua pertiga dan 29 kerusi untuk majoriti mudah.

Ketiga-tiga parti pembangkang dan BN gagal mengumpul jumlah tersebut.

BN memenangi 20 kerusi, manakala PKR 15 kerusi, DAP (13) dan Pas (8).

Gabungan kerusi DAP dan PKR hanya membentuk 28 buah kerusi, manakala gabungan kerusi PKR dan Pas pula 23 kerusi.

Majoriti mudah hanya dapat diperoleh jika ketiga-tiga parti berkenaan bergabung iaitu sebanyak 36 kerusi dan keadaan ini dilihat sukar dilakukan kerana perbezaan ideologi perjuangan yang ketara antara DAP dan Pas.

Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan memanggil menghadap wakil daripada Pas dan DAP esok sebelum membuat sebarang keputusan berhubung penubuhan kerajaan campuran Selangor.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, istiadat pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru akan ditetapkan dalam tempoh terdekat selepas mendapat perkenan baginda.

“Sultan Selangor bertitah bahawa baginda akan memanggil menghadap wakil parti-parti lain yang berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dibacakan di depan Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.