saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 11/03/2008

Semporna destinasi pelancongan bertaraf dunia


JETI di Kampung Bait merupakan antara pintu masuk pelancong ke Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. – Bernama.


KEJAYAAN calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Shafie Apdal mempertahankan kerusi Parlimen Semporna, Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin akan membolehkan daerah itu terus dimajukan sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Seperti yang dijanjikan sebelum memenangi pilihan raya umum itu, bahawa lebih banyak pembangunan akan dibawa ke Semporna, Shafie berkata, segala rancangan perlu dilaksanakan bagi membuktikan niat kerajaan yang serius terhadap agenda pembangunan.

Beliau yang menguasai Parlimen Semporna sejak lima penggal laku dan terbaru menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ab. Azis Ab. Hamid dengan majoriti 17,462 undi.

Shafie berkata, Semporna tidak mempunyai potensi lain, kecuali sektor pelancongan dan penternakan hidupan laut secara moden.

Semporna yang terletak di pantai timur Sabah mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bugaya, Senallang dan Sulabayan dengan keluasan kira-kira 1,105 kilometer persegi.

Meskipun berada di sebelah hujung pantai timur Sabah tetapi ia tetap menjadi tumpuan utama pelancong dari seluruh dunia kerana keindahan pantai dan dasar lautnya yang bertaraf dunia terutama di kepulauan Sipadan, Pandanan, Mataking, Mabul dan Kapalai.

Pulau Sipadan merupakan pulau yang tercantik di dunia dan kaya dengan keindahan alam semula jadi sekali gus memukau setiap mata pelancong.

Terdapat 49 buah pulau mengelilingi Semporna dan penyelam antarabangsa menganggap dunia taman dasar laut di kebanyakan lokasi tersebut adalah sebagai syurga dunia berikutan keindahan terumbu karangnya yang memukau selain kaya dengan hidupan marin ajaib berwarna-warni spesies Borneo.

Semua anugerah alam itu menjadi daya penarik utama ke Semporna dengan jumlah penduduk tempatan seramai kira-kira 140,000 orang yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat Bajau Laut.

Sebagai sebuah destinasi pelancongan yang sedang berkembang pesat, kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Sedco), kini bercadang membina Hotel Sri Malaysia di situ dengan kos bernilai RM35 juta.

Pembinaan hotel baru bertaraf tiga bintang itu bertujuan untuk menampung kekurangan bilik penginapan di Semporna kerana sebelum ini kebanyakan pelancong terpaksa bermalam di daerah lain akibat penginapan yang terhad.

Menurut Shafie yang juga Timbalan Pengerusi BN Sabah, selain menyediakan bilik-bilik penginapan baru, kerajaan juga tidak lupa mewujudkan kemudahan asas lain untuk semua lapisan masyarakat.

“Kerajaan akan membina sekolah baru termasuk naik taraf sekolah sedia ada dan kita juga amat prihatin untuk menyalurkan bekalan air dan elektrik ke semua tempat,” katanya kepada Utusan Malaysia di Semporna baru-baru ini.

Shafie yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, bagi meningkatkan prasarana di pulau-pulau yang menjadi tumpuan pelancong, kerajaan Pusat bercadang untuk membina jambatan yang menghubungkan pulau dan tanah besar.

Mengambil contoh pulau Bum-Bum yang hanya mengambil masa lima minit dengan menggunakan bot laju, beliau berkata, sebuah jambatan akan dibina bagi menghubungkan tanah besar dan pulau tersebut.

Selain jambatan itu, kerajaan Pusat melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan membina projek pembekalan air bersih dengan kos RM12 juta bagi menampung keperluan 20,000 penduduk di situ.

Bagi memastikan masyarakat pulau lain turut mendapat keselesaan, sebuah lagi jambatan dengan kos RM30 juta dibina di Pulau Lihak-Lihak bagi menghubungkannya dengan tanah besar Semporna.

Projek jambatan itu dimulakan pada Oktober tahun lalu dan dijangka siap pada penghujung tahun 2009.

Seramai 7,000 penduduk akan memperoleh manfaatnya yang sebelum ini hanya menggunakan bot dan perahu untuk ke tanah besar dari pulau tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.