saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 11/03/2008

Ibrahim akan kekal Bebas

KOTA BHARU 10 Mac – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali belum terfikir untuk menyertai parti politik walaupun memenangi kerusi tersebut atas tiket Pas pada pilihan raya umum kelmarin.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu berkata, beliau sudah serik berada dalam parti politik dan tumpuannya kini adalah untuk membantu rakyat dalam pelbagai isu yang berbangkit.

Bersandarkan pengalaman yang dilaluinya, beliau mendakwa sering menjadi mangsa kalangan yang dengki dan cemburu terhadap peranannya apabila berada dalam parti sehingga beliau digugurkan jawatannya di dalam UMNO.

“Apabila saya memegang apa-apa jawatan yang diberikan, saya selalunya bersungguh-sungguh dan bekerja kuat. Tetapi apabila laju, orang dengki.

“Status saya kini masih seorang ahli politik Bebas yang akan bekerjasama dengan Pas dalam memperjuangkan hak- hak rakyat bagi memastikan sebuah kerajaan yang baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Ibrahim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Rosdi Mahamed dengan majoriti 8,991 undi.

Ditanya adakah beliau masih sayangkan UMNO walaupun digantung keahlian seumur hidup, Ibrahim berkata: “Saya sayang semua, saya sayangkan agama, bangsa dan negara... jadi saya sayangkan parti yang sayang semua perkara ini.”

Beliau menafikan penglibatannya dalam pilihan raya umum kali ini atas tiket Pas kerana berdendam terhadap UMNO tetapi antara lain ingin membetulkan keadaan agar UMNO tidak lagi melayani orang sepertinya dengan cara yang dianggap zalim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.