saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 13/03/2008

Tekun punca Azali dapat 21 A


HEBAT... Pelajar cemerlang SPM 2007, Azali Azlan dari SMKA Yan, Kedah (kanan) dan Quek Khai Ren dari SMK Hwa Lian Mentakab, Pahang mengukir senyuman gembira atas kejayaan mereka memperoleh 21 A dan 16 A dalam semua mata pelajaran yang mereka ambil selepas pengumuman keputusan SPM/STAM di Kementerian Pelajaran, Putrajaya, semalam.– Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI.


PUTRAJAYA 12 Mac – Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007, Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu.

Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

‘‘Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM, saya menghadapi dugaan dan cabaran.

‘‘Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah itu yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.

Ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2007 oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom di sini hari ini, Azali memberitahu, dia tidak mempunyai jadual belajar yang lengkap seperti sesetengah pelajar lain.

‘‘Saya tidak pernah mempunyai jadual kerana kalau ada jadual saya akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Saya belajar apabila saya rasa ada semangat untuk belajar.

‘‘Tetapi semangat itu kita sendiri yang kena merangsangnya selalu,” kata Azali yang turut mendapat Anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.

Azali mendapat 20 1A bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi, Fizik, Kimia, Biologi, Tasawur Islam, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Syariah Islamiah, Seni Visual dan Pendidikan Islam.

Dia juga mendapat 2A untuk subjek English for Science and Technology.

Dia yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik berkata, ayahnya seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya juga seorang guru.

Menurut Azali, ibunya mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi manakala bapanya mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian.

Pelajar cemerlang itu bagaimanapun berkata, keputusannya untuk mengambil 21 mata pelajaran pada SPM 2007 bukan kerana mahu mengatasi rekod SPM tahun-tahun sebelum ini.

‘‘Bagi saya, kalau saya buat untuk memecahkan rekod, ia sebenarnya tidak bermakna apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia mendapat keputusan lima A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Sementara itu, calon yang memperoleh 16 1A iaitu Quek Khai Ren dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hwa Lian, Mentakab, Pahang berkata, kejayaannya dalam SPM adalah hasil daripada sokongan dan dorongan kedua-dua ibu bapanya serta tunjuk ajar guru.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.