saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 13/03/2008

DAP pulau majlis angkat sumpah MB Perak hari ini

KUALA LUMPUR 12 Mac – Semua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Perak diarahkan memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok sebagai membantah pelantikan wakil rakyat Pas sebagai Menteri Besar negeri itu.

Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang berkata, tindakan tersebut diambil kerana pelantikan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, daripada Pas yang merupakan wakil rakyat parti ketiga dan terkecil dalam kerajaan campuran itu tidak mendapat mandat daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

“Keputusan melantik Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak mengejutkan dan membingungkan pemimpin, ahli-ahli dan penyokong DAP.

“Memandangkan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang mewakili parti ketiga dan terkecil dalam kerajaan campuran itu tidak menerima mandat CEC, semua ADUN DAP Perak tidak akan menyertai majlis angkat sumpah yang dijadualkan esok,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Hari ini, Sultan Azlan Shah melalui Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah memperkenankan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10. Beliau dijadualkan mengangkat sumpah pada pukul 4 petang esok.

Menurut Kit Siang, pihaknya bersedia menerima Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham, 47, atau ADUN Behrang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jamaluddin Mohd. Radzi, 52, sebagai Menteri Besar.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, DAP menang 18 kerusi, PKR (tujuh) dan Pas (enam) untuk mengumpul 31 kerusi iaitu lebih tiga kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang memenangi 28 kerusi DUN.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dalam mesyuarat tergempar di Pulau Pinang pada Ahad lalu telah memberi persetujuan kepada pembentukan kerajaan campuran di Perak yang mengandungi wakil-wakil daripada DAP, PKR dan Pas, tetapi kerajaan itu bukanlah diketuai oleh Pas.

Isu siapa bakal menjadi Menteri Besar Perak menjadi perdebatan sejak keputusan pilihan raya 8 Mac lalu diumumkan kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri itu mesti disandang oleh seorang Melayu yang beragama Islam.

Peruntukan undang-undang itu menyebabkan wakil rakyat daripada DAP yang hanya terdiri daripada ahli politik Cina dan India hilang peluang untuk dilantik sebagai Menteri Besar walaupun parti tersebut mempunyai bilangan kerusi DUN tertinggi.

Semalam, DAP, PKR dan Pas mengemukakan tiga nama iaitu Koo Ham, Jamaluddin dan Mohammad Nizar untuk dipilih oleh Sultan Azlan Shah.

Sultan Perak memilih Mohammad Nizar.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.