saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 13/03/2008

Kerajaan baru Kedah propembangunan - MB


(dari kiri) Tan Wei Shu, Arumugam a/l Vengatarakoo, Amiruddin Hamzah, Abdullah Yusof Mohammed, Taulan Mat Rasul, Ismail Salleh, Hamdan Mohd. Khalid, Phahrolrazi Zawawi, Mohd. Radzhi Salleh dan Siti Aishah Ghazali di majlis istiadat pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Star, semalam.


ALOR STAR, 12 Mac - Menteri Besar Kedah yang baru Azizan Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran pelabur asing ke negeri ini dan sekaligus menafikan khabar angin bahawa kerajaan negeri akan mengkaji semula kedudukan pelabur asing terutama yang beroperasi di Kulim Hi Tech Park.

Beliau berkata khabar angin itu telah menimbulkan keresahan pelabur dan sehubungan itu beliau telah mengarahkan anggota exco berkenaan untuk berjumpa mereka bagi menerangkan keadaan sebenar.

"Kerajaan dah habis (memperuntukkan) banyak tanah untuk mereka, kenapa mahu suruh mereka keluar pula," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri yang pertama di sini hari ini.

"Kerajaan negeri sekarang adalah propembangunan malah akan menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Kedah," tambahnya.

Azizan berkata baru-baru ini kerajaan negeri telah berunding dengan beberapa pelabur asing yang bersetuju untuk melabur berbilion ringgit di negeri ini.

"Segala masalah yang dihadapi pelabur di negeri ini akan diselesaikan serta diperbaiki supaya pelabur selesa berada di sini," kata beliau.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.