saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/03/2008

MRSM lulus 100% SPM

KUALA LUMPUR 13 Mac - Sebanyak 6,780 pelajar daripada kesemua 29 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara mencapai kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Brig. Jen. (B) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin berkata, sebanyak 150 pelajar mendapat gred 1A bagi semua subjek yang diambil dalam peperiksaan itu.

Menurut beliau, 979 pelajar atau 14.44 peratus pula memperoleh gred 1A atau 2A bagi semua subjek yang diambil.

''Lima subjek iaitu Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Agama Islam, Fizik dan Pendidikan Seni Visual telah mencatatkan peningkatan peratus pencapaian gred A.

''Lebih membanggakan, beberapa buah MRSM merekodkan pencapaian 100 peratus gred A bagi sembilan subjek yang lain,'' katanya kepada sidang akhbar bagi mengumumkan prestasi keputusan peperiksaan SPM MRSM 2007 di sini hari ini.

Sembilan subjek tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Perakaunan, Reka Cipta, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Moral, English for Science and Technology (EST) dan Tasawur Islam.

Abdul Hamid memberitahu, MRSM Langkawi merupakan MRSM terbaik dengan mencapai Gred Purata Maktab (GPM) yang terendah, iaitu 1.4457.

Katanya, lima buah MRSM yang lain turut mencapai keputusan cemerlang dengan GPM di bawah 2.00.

''MRSM Tun Ghafar Baba mendapat GPM 1.6084, MRSM Taiping (1.6716), MRSM Pengkalan Chepa (1.6735), MRSM Kuala Kubu Baharu (1.9482) dan MRSM Kuala Lipis (1.9866).

''Secara puratanya, pencapaian GPM bagi MRSM dalam peperiksaan kerajaan itu ialah 2.1579,'' katanya.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, pelajar MRSM semakin menguasai subjek Matematik Tambahan yang dulu disifatkan sukar untuk difahami.

Sebagai contoh, jelasnya, seramai 295 daripada 328 pelajar MRSM Langkawi mendapat gred A bagi subjek itu.

''Selain itu, seramai 122 atau 87.14 peratus daripada 140 pelajar MRSM Kuala Krai mendapat gred A bagi subjek Matematik Tambahan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.