saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 15/03/2008

Md. Isa ialah bekas setiausaha sulit Radzi

KANGAR 15 Mac - Datuk Dr. Md. Isa Sabu yang dilantik sebagai Menteri Besar Perlis sebenarnya tidak asing lagi bagi rakyat Perlis.

Beliau adalah veteran UMNO negeri dan mula menjadi wakil rakyat sejak 1986.

Anak kelahiran Kampung Kechor, Kangar berusia 61 tahun itu mula bergelar Yang Berhormat apabila memenangi pilihan raya umum 1986 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong di dalam Parlimen Kangar.

Beliau kemudian mengekalkan kerusi Bintong pada Pilihan Raya Umum 1990 dan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Perlis untuk penggal itu dan diberi tanggungjawab memegang portfolio Pertanian.

Pada Pilihan Raya Umum 1995, beliau bertanding di kerusi Parlimen Kangar dan menjadi Ahli Parlimen Kangar untuk tempoh sepenggal. Pada 1999, beliau kembali bertanding di kerusi DUN Bintong dan menang di kerusi itu dan sekali lagi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri memegang portfolio Pelancongan dan Alam Sekitar.

Bagaimanapun, beliau membuat keputusan bersara pada 2004.

Md. Isa kembali memasuki kancah politik dengan menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kangar dan dicalonkan bertanding di kerusi Bintong pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Beliau menang di kerusi itu menewaskan calon Pas, Mohd. Anuar Tahir dengan majoriti 2,110 undi.

Pelantikan Md. Isa yang berkuat kuasa hari ini turut mengakhiri spekulasi berhubung siapa yang dilantik sebagai MB Perlis selepas pilihan raya umum baru-baru ini.

Ketika bekas MB Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dilihat beberapa kali cuba menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya untuk mendapatkan watikah pelantikan, khabar angin sudah menyatakan Md. Isa bakal ditabal sebagai Menteri Besar yang baru.

Pengumuman yang dibuat oleh Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Mohd. Adib Zakaria di Istana Siraj, Kuala Lumpur hari ini, mengesahkan spekulasi itu.

Md. Isa merupakan bekas guru di Sekolah Menengah Tengku Sulaiman Tunjung. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Geografi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Total Quality Management dari Universiti New Port, USA.

Sebelum menjadi wakil rakyat, Md. Isa yang juga bapa kepada enam anak hasil perkongsian hidup bersama isteri, Datin Asiah Asmuni, berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 1984.

Pada pilihan raya 1995, Md. Isa beralih dari kerusi DUN Bintong ke Parlimen Kangar bagi menggantikan Radzi yang bersara pada 1995 tetapi beliau kembali ke kerusi DUN Bintong pada pilihan raya 1999 kerana Radzi kembali ke arena politik dan bertanding di Parlimen Kangar.

Apa pun, pembabitan Md. Isa dalam bidang politik sebenarnya bukan perkara baru kerana ibunya yang dikenali sebagai Mak Asa adalah antara aktivis politik wanita yang begitu dikenali di Perlis.

Difahamkan, dalam politik Perlis, Mak Asa memainkan peranan besar dan pernah berjuang bersama bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad sekitar tahun 50-an dan 60-an.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.