saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 15/03/2008

Keangkuhan DAP dikutuk

KUALA LUMPUR 14 Mac - Alumni Kelab UMNO Luar Negara dan Persatuan Darul Ridzuan (PDR) mengutuk keras keangkuhan DAP yang tidak menghormati institusi kesultanan negeri Perak apabila mengeluarkan arahan memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar, semalam.

Walaupun Penasihat DAP, Lim Kit Siang kemudian meminta maaf atas arahan awal tersebut, tindak-tanduk parti itu menunjukkan 'belangnya' yang bersifat perkauman dan bertopengkan konsep 'Malaysian Malaysia'.

Pengerusi PDR, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, DAP seolah-olah mempertikaikan Perlembagaan Negeri Perak apabila mengeluarkan arahan awal tersebut.

''Sikap angkuh ini boleh membawa padah jika tidak ditangani dengan tegas oleh pihak istana,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, institusi kesultanan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mestilah dijunjung dan dihormati oleh semua pihak demi menjaga keluhuran Perlembagaan negeri.

''PDR ingin menyatakan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Sultan Perak dan menjunjung kasih kepada Pemangku Raja dalam menangani kemelut politik yang sedang berlaku di negeri Perak.

''Perlembagaan tersebut mesti dihormati demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran negeri Perak,'' tegasnya.

Mohd. Hilmi berkata, PDR tidak mahu ada pihak yang menjejaskan kredibiliti dan kedaulatan Kesultanan Negeri Perak sebagai institusi bebas yang berada di atas institusi politik.

Sementara itu, Pengerusi Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Noh Omar berkata, keputusan DAP mengetepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam pentadbiran negerinya di Pulau Pinang menunjukkan mereka tidak tahu menjaga sensitiviti kaum.

''DEB mesti diteruskan kerana ramai anak Melayu daripada keluarga miskin berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara dan kembali sebagai ahli profesional serta cendekiawan Melayu," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.