saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 16/03/2008

5 muka baru Exco Johor


BARISAN Exco Kerajaan Negeri Johor.


JOHOR BAHRU 15 Mac – Barisan Exco Kerajaan Negeri Johor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini disifatkan sebagai gandingan seimbang apabila menampilkan lima muka baru dan mengekalkan lima muka lama.

Lima muka baru berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Maulizan Bujang; ADUN Johor Lama, Asiah Md. Ariff; ADUN Mahkota, Md. Jais Sarday; ADUN Paloh, Hoo Seong Chang dan ADUN Gambir, M. Asojan.

Muka lama yang dikekalkan ialah ADUN Sri Medan, Ahmad Zahri Jamil; ADUN Parit Raja, Abd. Aziz Kaprawi; ADUN Endau, Zainal Abidin Othman; ADUN Bekok, Tan Kok Hong dan ADUN Sungai Balang, Dr. Robia Kosai.

ADUN Panti, Datuk Baderi Dasuki yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Perumahan Negeri digugurkan daripada barisan Exco Kerajaan Negeri kali ini.

Abdul Ghani pada sidang akhbar mengumumkan senarai barisan Exco Kerajaan Negeri itu di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana di sini, menyifatkan gandingan muka baru dan lama itu merupakan kombinasi terbaik dalam memberi kekuatan bagi melaksanakan agenda pembangunan kerajaan negeri.

Menurutnya, senarai exco berkenaan telah mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin dan diperkenankan semalam oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar.

“Saya membuat keputusan ini berdasarkan keyakinan terhadap mereka untuk bekerja bersungguh-sungguh dan menjalankan kewajipan untuk rakyat negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai kriteria termasuk pendidikan dan keupayaan ADUN berkenaan melaksanakan tugas diambil kira sebelum mereka dilantik sebagai Exco.

Abdul Ghani berkata, Maulizan akan bertanggungjawab terhadap portfolio Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi, manakala Asiah pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Md. Jais dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, manakala Asojan dan Seng Chang masing-masing menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri.

Ahmad Zahri dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, manakala Abd. Aziz pula bertukar portfolio daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sementara itu, Dr. Robia yang sebelum ini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga kini turut diberi tanggungjawab lebih besar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan.

Bagaimanapun, Kok Hong kekal dengan portfolio lamanya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar.

Sementara itu, Zainal Abidin pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama berbanding menjadi Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum ini.

Abdul Ghani pula memegang porfolio Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.