saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/03/2008

Baru Guan Eng tahu!

SEBELUM menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan antara orang yang paling tegas menentang beberapa dasar kerajaan.

Malah, beliau juga menentang keras sebarang usaha menghalang rakyat untuk mengadakan demonstrasi tetapi kini segalanya sudah berubah.

Guan Eng semakin terasa betapa beratnya menjadi 'kerajaan yang memerintah'. Justeru tidak hairanlah apabila beliau meminta semua pihak supaya menghormati keputusan rakyat memilih DAP memerintah Pulau Pinang.

Beliau juga mahu kerajaan negeri Pulau Mutiara di bawah kepimpinannya diberi peluang untuk menjalankan tugas dengan aman tanpa sebarang gangguan atau provokasi.

Persoalannya, kenapakah baru sekarang Guan Eng bercakap soal itu? Kenapakah baru sekarang Guan Eng menganggap demonstrasi hanya menyusahkan rakyat?

Tidakkah sebelum ini, beliau antara orang yang paling lantang mengkritik apa juga dasar kerajaan dan menganggap demonstrasi adalah amalan demokrasi.

Mungkin kini Guan Eng mulai sedar bahawa bercakap termasuklah mengkritik memanglah mudah tetapi apabila kita sendiri berada di kedudukan dikritik, ia sesuatu yang merimaskan.

Guan Eng harus terima hakikat inilah realiti politik. Beliau perlu bersabar untuk menerima segala provokasi yang dilakukan oleh lawan-lawan politiknya.

Ketika tidak berkuasa dulu, bukankah Guan Eng sentiasa memegang prinsip demokrasi iaitu kebebasan bersuara dan mengadakan demonstrasi.

Justeru kalau Guan Eng tidak mahu dianggap hanya pandai bercakap, beliau harus bersedia mengendalikan situasi sekarang.

Buktikan DAP bukanlah sebuah parti perkauman, buktikan bahawa semua kaum akan mendapat pembelaan sewajarnya di bawah parti itu di Pulau Pinang, biarpun sebelum ini dalam kempen-kempennya Guan Eng hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.

Apa yang penting Setiausaha Agung DAP itu harus membuktikan bahawa DAP adalah jauh lebih baik daripada Parti Gerakan yang sebelum ini memerintah Pulau Pinang.

Guan Eng tidak perlu merasa marah atau kecewa dengan 'gangguan-gangguan' yang diterimanya sekarang terutamanya melalui UMNO Pulau Pinang.

Ini kerana mereka hanya 'mengambil alih' tugas yang dilakukan Guan Eng dan DAP sebelum ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.