saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/03/2008

Kembalikan semula keyakinan rakyat

BARISAN Nasional (BN) mesti bekerja keras demi memastikan rakyat tidak terus-menerus berada dalam kancah parti pembangkang.

Langkah terbaik untuk memastikan kejayaan BN dalam pilihan raya akan datang ialah dengan membuat pemantauan secara berterusan.

BN sepatutnya melantik petugas-petugasnya dari sekarang untuk meninjau masalah rakyat, apa yang rakyat tidak senangi dengan kepemimpinan yang sedia ada dan kemudian menangani segala masalah dan segala bentuk kepincangan yang tidak disenangi itu.

Dalam hal yang berkaitan, kempen-kempen BN menerusi media massa tidak semestinya dapat mempengaruhi, malah tidak dapat menguasai semua rakyat.

Paling jelas ialah segala bentuk kemajuan yang didedahkan menerusi media massa terutama yang dibawa oleh BN di negeri-negeri maju di negara ini tidak boleh menembusi pemikiran penduduk Kelantan memandangkan sudah lima penggal Kelantan diterajui oleh Pas.

Sebenarnya, rakyat menghadapi pelbagai masalah dan mereka mahu berdialog. Oleh itu, mereka tidak boleh didedahkan sesuatu isu tanpa soal jawab seperti yang terdapat dalam majlis-majlis seperti forum, perbincangan dari hati ke hati dan sebagainya.

Pendek kata, rakyat akan berpuas hati sekiranya mereka diberi peluang untuk meluahkan pandangan dan bertanya sesuatu masalah secara terbuka kemudian masalah itu hendaklah diselesaikan dengan cara yang bijak.

Oleh itu, jentera BN mestilah menemui rakyat terutamanya di negeri-negeri yang kini diterajui oleh pembangkang untuk meninjau pendirian dan masalah mereka supaya segala bentuk kelemahan dapat diatasi.

Dalam pada itu, seperti yang selalu ditulis di media-media massa cetak, wakil rakyat mestilah bersedia untuk turun padang meninjau masalah rakyat yang telah memilih mereka, dan bukannya muncul ketika demam pilihan raya bermula.

Keprihatinan wakil rakyat, tidak kira sama ada ketika rakyat senang atau susah akan dinilai oleh rakyat yang sudah celik politik dan juga ilmu.

Sepanjang kempen pilihan raya baru-baru ini, malah beberapa bulan sebelum pilihan raya diadakan, tidak nampak seorang pun petugas BN datang dari rumah ke rumah untuk meninjau masalah rakyat dan meminta pandangan mereka terhadap sesuatu isu.

Inilah satu kejanggalan yang perlu ditangani kerana sesiapa pun tidak mengetahui rakyat berada di pihak mana apabila hari pengundian dijalankan pada 8 Mac lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.