saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 17/03/2008

Hamilton takluk GP Australia


JUARA Grand Prix Australia, Lewis Hamilton memegang trofi kejuaraan diapit oleh Nick Heidfeld (kiri) yang muncul tempat kedua dan Nico Rosberg selaku pemenang tempat ketiga di Litar Albert Park, Melbourne, semalam. - AFP.


MELBOURNE – Lewis Hamilton melupakan masalah yang dihadapi McLaren musim lalu apabila mencatat kemenangan meyakinkan pada perlumbaan pembuka tirai Formula Satu, Grand Prix Australia yang menyaksikan hanya tujuh buah kereta berjaya menamatkan saingan, semalam.

Bermula dari petak pertama, pemandu Britain itu yang hanya tewas satu mata kepada juara dunia, Kimi Raikkonen musim lalu memenangi perlumbaan dengan 5.4 saat di depan pemandu Jerman, Nick Heidfeld dari BMW Sauber.

Seorang lagi pelumba Jerman, Nico Rosberg dari pasukan Williams pula meraikan kejayaan menaiki podium Formula Satu buat kali pertama dengan menduduki tempat ketiga.

Dua pemandu Ferrari, Raikkonen dan Felipe Massa gagal menamatkan perlumbaan, manakala juara dunia dua kali, Fernando Alonso dari Renault menduduki tangga keempat.

“Barangkali ini adalah kemenangan terbaik saya berbanding yang sebelum ini. Saya dapat rasakan banyak peningkatan dalam segala aspek tetapi saya tidak kata ia kemenangan sempurna.

“Dari segi mengendalikan kereta, saya rasa amat yakin dengan tayar dan kelajuan kerana saya memiliki kereta yang meyakinkan, saya boleh kata ini adalah perlumbaan terbaik saya setakat ini,’’ kata Hamilton, 23.

Pada ketika McLaren meraikan kemenangan Hamilton bersama seorang lagi pemandu mereka, Heikki Kovalainen yang menduduki tangga kelima, Ferrari sebaliknya berdepan situasi yang buruk.

Semalam merupakan hari yang amat mengecewakan buat Raikkonen apabila dua kali berlanggar, pertama dengan Kovalainen di pusingan ke-30 dan kemudian terbabas ketika berlanggar dengan Timo Glock dari Toyota.

Meskipun mempamerkan pemanduan hebat apabila bangkit daripada kedudukan ke- 15 ke tangga ketiga, namun Raikkonen terpaksa juga menamatkan perlumbaan yang ketika itu tinggal lima pusingan selepas kehabisan minyak ketika cuba memasuki pit.

Pemandu Finland itu bagaimanapun masih berjaya meraih satu mata selepas pemandu Honda, Rubens Barrichello yang menamatkan perlumbaan di tangga keenam dibatalkan penyertaannya kerana keluar dari hentian pit ketika lampu merah.

“Ini bukanlah keputusan yang baik untuk memulakan musim baru tetapi saingan masih panjang dan sudah tentu kami akan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah.

“Kami sudah melakukan segala persiapan terbaik sebelum memulakan perlumbaan, namun keadaan menjadi terlalu kompetitif dan kami tidak dapat menanganinya,’’ kata Raikkonen.

Cuaca di Litar Albert Park yang mencecah 51 darjah Celsius, semalam menyukarkan semua pasukan dan menyaksikan 15 kereta gagal menamatkan saingan.

Pelumba veteran Red Bulls, David Coulthard dan Glock terlibat dalam pelanggaran teruk, namun mujurlah kedua-dua pemandu masih mampu keluar daripada kereta masing-masing tanpa kecederaan.

Ketika ini, McLaren menjadi pasukan pilihan untuk meneruskan dominasi menerusi Hamilton dan Kovalainen apabila perlumbaan kembali ke Litar Sepang, minggu depan.

Begitupun, seperti juga di Melbourne, para pelumba akan disambut dengan cuaca panas di Malaysia.

– AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.