saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 17/03/2008

Kaji pembekuan lesen barang lusuh

SEREMBAN 16 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta mempertimbangkan semula pembekuan lesen barang lusuh kepada pengedar besi buruk.

Pengerusi MIC negeri, Datuk T. Rajagopalu mendakwa, kebanyakan masyarakat India di negeri itu kehilangan pendapatan sejak pihak berkuasa tersebut membekukan pemberian lesen barang lusuh awal tahun lepas.

''Polis bertindak membekukan lesen barang lusuh untuk menghentikan kegiatan mencuri besi. Kita sememangnya mahu pihak polis bertindak ke atas penjenayah terbabit.

''Namun pembekuan lesen tersebut secara tidak langsung menyebabkan banyak keluarga menderita kerana kehilangan sumber pendapatan,'' kata beliau ketika dihubungi Utusan di sini hari ini.

Rajagopalu berkata, beliau pernah bertemu dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak yang berharap untuk meneruskan perniagaan barang lusuh mendiang suaminya tetapi gagal setelah permohonan lesennya ditolak.

"Saya berada di Tampin semalam dan banyak anak muda mewakilkan saya untuk memohon kepada kerajaan agar mempertimbangkan semula perkara ini.

''Saya berharap perkara ini dinilai semula demi kepentingan pihak terbabit terutama masyarakat India,'' katanya.

Tahun lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, permohonan lesen baru barang lusuh dibekukan memandangkan kegiatan mencuri besi buruk semakin meningkat setiap tahun.

Menurut Rajagopalu, seluruh rakyat tidak seharusnya dihukum kerana jenayah yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab tersebut.

''Ada juga antara mereka yang memohon lesen perniagaan ini terdiri daripada graduan universiti, macam mana saya dapat menerangkan kepada mereka bahawa permohonan mereka ditolak kerana terlalu ramai pencuri besi buruk?,'' tambah beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.