saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/03/2008

Sebab Rafidah tidak dilantik

PUTRAJAYA 18 Mac – Keputusan tidak menyenaraikan Datuk Seri Rafidah Aziz dalam barisan Kabinet yang diumumkan hari ini bertujuan memberi laluan kepada muka baru.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu seharusnya memberi ruang kepada orang lain untuk mengisi jawatan tersebut.

‘‘Saya tidak bincang mengapa, (tetapi) beliau juga perlu memberi laluan kepada orang baru,” katanya.

Abdullah ditanya pemberita mengapa Rafidah yang telah berkhidmat dalam kerajaan untuk tempoh yang lama tidak dilantik semula dalam barisan Kabinet yang diumumkan beliau di sini hari ini.

Rafidah, 65, menyertai Kabinet kerajaan sebagai Setiausaha Parlimen kepada Menteri Perusahaan Awam dari 1976 hingga 1977 sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan (April 1977 hingga 1980) dan Menteri Perusahaan Awam dari September 1980 hingga Mei 1987.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu mula menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 1987 sehingga jawatan itu diisi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam barisan Kabinet baru yang diumumkan hari ini.

Abdullah yang turut ditanya mengenai kedudukan Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis yang turut terkeluar daripada senarai Kabinet berkata: ‘‘Yang tidak masuk dalam senarai ini, saya tidak pertimbangkan. Saya pertimbangkan juga tapi lepas itu saya buat keputusan dan tidak payahlah saya terangkan keputusan itu.”

Ditanya tentang harapan kaum India yang mengharapkan dua jawatan menteri, Perdana Menteri berkata, beliau telah memperuntukkan jawatan Menteri Sumber Manusia kepada Datuk Dr. S. Subramaniam yang juga Setiausaha Agung MIC.

Selain itu, dua lagi pemimpin MIC iaitu Ketua Penerangan parti itu, Datuk M. Saravanan dan ahli jawatankuasa kerja pusat MIC, K. Devamany masing-masing dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

‘‘Kementerian Sumber Manusia adalah kementerian penting yang diberikan kepadanya. Saya percaya Kementerian Sumber Manusia akan membantu beliau memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan pengangguran dan juga mewujudkan peluang-peluang pekerjaan terutama di kawasan estet-estet,” katanya.

Menurut Abdullah, kementerian berkenaan juga diyakini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi kaum India di kawasan ladang getah dan kelapa sawit selain kampung-kampung baru.

Perdana Menteri berkata, ketika ini beliau tidak dapat menimbangkan pemberian dua jawatan menteri kepada kaum India dan ia telah dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang memahami perkara itu.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.