saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 20/03/2008

Penjara istimewa Dusun Datuk Murad

MELAKA 19 Mac – Pernahkah anda menjejakkan kaki di Penjara Pra Bebas Dusun Datuk Murad yang terletak di tepi Lebuh Raya Ayer Keroh menghala ke pusat bandar raya di sini.

Mungkin bagi mereka yang belum pernah sampai ke penjara yang telah beroperasi sejak tahun 1969 itu pastinya membayangkan pusat tahanan tersebut mempunyai tembok besar dan penjara besi yang mengumpulkan para pesalah jenayah yang menunggu masa untuk bebas.

Hakikatnya, Penjara Pra Bebas Dusun Datuk Murad sangat unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri kerana di situ, anda boleh memperoleh pelbagai jenis ternakan, herba, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga terdapat sebuah pusat memproses baja seperti yang terdapat di pusat-pusat ternakan lain.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, menjejak kaki pusat berkenaan sama seperti berada di dalam dusun dan ladang ternak.

Uniknya di pusat berkenaan, aktiviti pertanian moden itu dikerjakan sendiri oleh golongan banduan dengan pengawasan dan tunjuk ajar daripada kakitangan penjara tersebut.

Kawasan keseluruhan penjara tersebut ialah seluas 23.67 hektar dan dipecahkan kepada beberapa bahagian termasuk bangunan penjara dan pentadbiran, kuarters kakitangan dan paling istimewa ialah kawasan pertanian agro.

Pengarah Dusun Datuk Murad, Mohamed Musa berkata, idea mewujudkan agro penjara di kawasan itu dicetuskan oleh Ketua Pengarah Penjara, Datuk Mustafa Osman yang mencadangkan agar ia dinamakan Penjara Agro Tourism.

Malah katanya, sebelum memperoleh nama Dusun Datuk Murad, penjara itu dikenali sebagai Penjara Ladang Sinar Harapan sewaktu mula-mula beroperasi pada tahun 1969 dan ia berfungsi sebagai tempat penahanan para pesalah juvana.

‘‘Bagi menjadikannya sebagai agro penjara seperti sekarang, ia tidak diperoleh melalui kerja yang mudah. Saya terpaksa menjalani latihan pertanian, mendalami pengetahuan tentang pertanian dan pergi ke luar negara untuk menjadikan agro penjara seperti yang ada pada hari ini.

‘‘Akhirnya, pada bulan Mac 2006, saya mulakan projek agro penjara pra bebas Dusun Datuk Murad dan menggunakan 100 peratus tenaga kerja banduan.

‘‘Mereka ini terlibat secara langsung dalam membuat kerja pembangunan, pengindahan landskap, penanaman pokok dan seni bina dengan kakitangan penjara bertindak mengawasi serta menjadi tenaga pengajar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kira-kira 40 banduan di penjara itu terlibat menjalani latihan dalam projek berkenaan yang dikhususkan untuk banduan yang mempunyai tempoh kurang setahun atau 11 bulan sebelum dibebaskan.

Selain itu kata Mohamed, sebelum memulakan projek agro penjara, kawasan di situ agak terbiar dan haiwan ternakan yang diusahakan sebelum ini tidak diuruskan dengan sempurna.

‘‘Saya bangunkan semula projek itu dan hasilnya kita sudah ada ladang pertanian sendiri yang diusaha sepenuhnya oleh banduan. Mereka yang bertanggungjawab menanam sayur, mengusahakan ternakan lembu dan kambing dalam kandang, menternak itik, ikan hiasan, burung unta, menternak rusa dan memproses baja melalui ternakan cacing.

‘‘Tujuan melatih banduan dalam bidang berkenaan adalah supaya mereka dapat menguasai pengetahuan dalam bidang pertanian dan apabila dibebaskan kelak, mereka boleh menggunakan ilmu tersebut,’’ ujarnya.

Malah katanya, ramai bekas banduan yang dilatih dalam projek itu telah berjaya mengusahakan ladang ternakan sendiri malah ada yang berjaya sebagai ahli perniagaan.

‘‘Kini terpulang kepada masyarakat sendiri untuk menilai pandangan mereka terhadap bekas banduan. Jangan pandang golongan ini dengan tafsiran yang negatif.

‘‘Apa yang banduan ini lakukan dalam projek agro penjara jelas membuktikan bahawa mereka boleh berjaya sekiranya diberi peluang untuk membaiki hidup,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.