saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 21/03/2008

Puteri jadi Wanita UMNO apabila lepasi had umur - Azalina

21/03/2008 3:04pm

KUALA LUMPUR 21 Mac – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman berkata, keanggotaan beliau dalam Pergerakan Wanita UMNO tidak perlu dipersoalkan kerana semua anggota Puteri UMNO secara automatik didaftar sebagai anggota Wanita UMNO sebaik sahaja umur mereka melepasi had yang ditetapkan.

Azalina yang merupakan bekas Ketua Puteri UMNO berkata, perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Puteri UMNO sejak pergerakan itu dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh Presiden UMNO pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ditanya mengenai kedudukan beliau tanpa jawatan dalam Wanita UMNO walaupun beliau seorang menteri Kabinet, Azalina berkata, perkara itu tidak relevan untuk diperkatakan sekarang.

“Saya ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Pengerang, jadi soal sama ada saya ahli Wanita atau tidak, tidak timbul. Bukan isu ahli Wanita atau tidak, tetapi ahli UMNO dilantik sebagai menteri Kabinet.

“Mengikut perlembagaan (Puteri) juga, ahli yang telah melepasi had umur sebagai ahli Puteri secara automatik menjadi ahli Wanita,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.