saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 23/03/2008

BN Sabah, Sarawak tetap setia

KOTA KINABALU 22 Mac - Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak menafikan khabar angin terdapat ahli Parlimen dari kedua-dua negeri itu akan menyertai pembangkang.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Karim Bujang berkata, dakwaan yang tidak bertanggungjawab itu sengaja dicetuskan pihak tertentu semata-mata untuk melemahkan kekuatan BN di negeri itu.

‘‘Sekarang ini macam-macam cerita kita dengar dan berita wakil rakyat Sabah melompat keluar daripada parti kerajaan hanyalah khabar-khabar angin, BN Sabah masih kukuh seperti mana sebelum ini dan tidak perlu diragui.

‘‘Bagaimanapun kita akan siasat dakwaan itu. Setakat ini saya tidak mendengar apa-apa lagi, lainlah kalau ada wakil rakyat senyap-senyap pergi jumpa pihak pembangkang,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desas-desus beberapa ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sudah melompat keluar daripada parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, BN mendapat majoriti mudah iaitu 140 kerusi termasuk daripada parti komponen BN Sarawak yang memenangi 30 daripada 31 kerusi Parlimen dan parti komponen BN Sabah memenangi 24 daripada 25 kerusi Parlimen. Parti pembangkang memenangi 82 kerusi.

Mengulas lanjut, Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan berkata, kesetiaan wakil rakyat BN di negeri ini tidak wajar diragui dan tidak akan berlaku insiden melompat parti seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

‘‘Kalau dulu di Sabah kita ada budaya melompat parti tetapi kini ahli-ahli politiknya sudah matang dan perbuatan itu tidak akan berulang kerana senario politik di negeri ini sudah jauh berubah,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Eric Majimbun berkata, beliau tidak menerima sebarang tawaran daripada PKR untuk melompat parti meskipun desas-desus hangat memperkatakan terdapat pihak cuba membeli wakil rakyat Sabah.

Menurutnya, jika ditawarkan wang jutaan ringgit pun beliau tetap akan menolaknya kerana ia jauh menyimpang daripada prinsip dan nilai budaya yang dipegang SAPP.

‘‘Mandat yang diberikan rakyat menunjukkan kepercayaan rakyat kepada pemimpin untuk terus berkhidmat dan bukannya untuk menjual mandat tersebut,’’ katanya ketika dihubungi.

Sementara itu di KUCHING, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai pembangkang.

Beliau tidak menafikan sehingga hari ini seorang bergelar ‘Datuk’ dari Semenanjung telah menghubunginya untuk menyatakan pelbagai tawaran menyertai pihak pembangkang.

‘‘Tetapi saya bukan untuk dijual beli dan saya juga bukan untuk disewa oleh mana-mana pihak,’’ katanya.

Ahli Parlimen Bukit Mas, Henry Sum Agong turut menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang mengaitkan namanya.

‘‘Perkara itu adalah tidak betul dan tidak pernah ada pihak yang datang menawarkan apa-apa kepada saya, semuanya tidak benar,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan dakwaan Anwar bahawa terdapat wakil rakyat BN di Sabah akan menyertai pembangkang sebagai tidak benar.

Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Kota Belud itu, terdapat beberapa wakil rakyat golongan muda PKR pula yang menyuarakan hasrat untuk keluar daripada parti tersebut.

‘‘Saya ingin ingatkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan terkejut nanti kerana yang akan melompat parti adalah wakil rakyat PKR menyertai UMNO kerana tidak diberi jawatan di negeri-negeri yang dikuasai mereka,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.