saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/03/2008

Wang beli rumah galak golongan muda kahwin

KOTA BHARU 22 Mac - Kerajaan negeri bercadang memberi wang pendahuluan kepada golongan muda di negeri ini bagi membeli rumah teres sebagai galakan untuk mereka berkahwin cepat.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah tersebut sekali gus dapat membendung pelbagai penyakit sosial di kalangan orang muda seperti zina.

Beliau berkata, kebanyakan orang muda tidak berkahwin kerana tidak mampu untuk menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal untuk pasangan mereka.

''Anak-anak muda kalau tidak dikahwinkan apabila tiba masanya akan menjadi liar. Umpama orang yang lapar nasi menggelepar malah sanggup mencuri, begitu juga dengan tuntutan seks.

''Jika perkara tersebut tidak dipenuhi, anak-anak muda akan menjadi tidak tentu arah, lebih- lebih lagi kalau sudah bercinta dan mempunyai pasangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menikahkan anak perempuan Timbalan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof, Nik Aidil Maria dan pasangannya Muzzalman Shah Ismail Muzani di rumahnya di sini hari ini.

Presiden PPP, M. Kayveas turut hadir.

Nik Abdul Aziz berkata, bantuan pendahuluan pembelian rumah itu diharap dapat meringankan beban perkahwinan di samping memberi keselesaan pasangan melayari perkahwinan.

"Walaupun bantuan deposit rumah diberikan kepada pihak lelaki tetapi rumah hendaklah diletakkan nama isteri sebagai jaminan perkahwinan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.