saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 24/03/2008

10 Exco Selangor termasuk 4 wanita angkat sumpah

24/03/2008 3:22pm

KLANG 24 Mac Sepuluh anggota Exco kerajaan negeri Selangor, empat daripadanya wanita, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga daripada PAS dan tiga daripada DAP.

Empat exco PKR ialah Yaakob Sapari, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong dan Dr. Xavier Jayakumar, daripada DAP ialah Theresa Kok, Ronnie Liu dan Ean Yong Hien Wah, manakala daripada PAS ialah Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali, Dr. Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang portfolio Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri serta Belia dan Sukan, Yaakob (Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan), Rodziah (Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi), Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Jaya kumar (Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin). Kok pula memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) dan Yong (Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram).

Hassan pula memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Halimah (Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan) manakala Iskandar (Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).

Dalam pilihan raya 8 Mac lepas, PKR memenangi 15 kerusi, DAP 13 dan PAS lapan kerusi untuk menumbang kerajaan Barisan Nasional. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.