saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 26/03/2008

Uniform operasi, slogan, lencana baru

KUALA LUMPUR 25 Mac Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memperkenalkan tiga elemen baru termasuk uniform operasi sempena Peringatan Hari Polis Ke-201 dalam usaha menjenamakan semula pasukan itu ke arah perkhidmatan berintegriti kepada masyarakat.

Baju seragam baru berwarna biru tua untuk anggota dan pegawai bagi tugas-tugas am meliputi tugas ketika operasi, kawalan dan rondaan itu lebih kemas dan segak.

Pelancaran pakaian seragam itu dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sambutan Hari Polis Ke-201 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Menariknya, seragam itu tiada langsung butang di luar baju dan lencana lain yang boleh menghalang pergerakan ketika menjalankan operasi.

Ia dilengkapi sepasang gari, alat perhubungan walkie-talkie senjata api semi automatik, baton- T serta sebotol penyembur serbuk lada.

Selain itu, pemakainya juga diberikan sepasang kasut khas menyerupai kasut sukan yang diperbuat dari bahan kain agar lebih ringan, senyap dan selesa.

Difahamkan 90,000 anggota polis yang menjalankan operasi termasuk rondaan akan memakai seragam itu kecuali anggota trafik dan unit-unit yang telah mempunyai seragam operasi sendiri seperti Unit Pemusnah Bom.

Pada masa yang sama, PDRM memperkenalkan lencana membawa cogan kata Integriti Amalan Kita bagi menggantikan lencana Saya Antirasuah yang digunakan sejak Oktober 2005 sempena kempen antirasuah di kalangan warga PDRM.

Lencana itu yang berwarna perak dan biru membawa cogan kata Integriti Amalan Kita sebagai tunjang perjuangan PDRM dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni dan beretika ketika melaksanakan tugas.

Bentuk bintang lima pada lencana itu melambangkan lima prinsip dalam PDRM, Rukun Negara dan Rukun Islam sementara bunga raya di dalam bintang itu bermaksud kemesraan atau semangat patriotisme.

Latar belakangnya yang berwarna biru pula membawa erti keharmonian warna bendera Sang Saka Biru.

Peranan dua elemen baru itu bagi menyokong slogan baru Tegas, Adil dan Berhemah yang diperkenalkan sempena sambutan Hari Polis tahun ini sebagai satu anjakan kepada warga PDRM agar sama-sama berusaha memantapkan kewibawaan pasukan itu.

Tegas, Adil dan Berhemah menggantikan Mesra, Cepat dan Betul yang digunakan sejak 1999 untuk menaikkan semangat anggota dan pegawai dalam menjalankan tugas dengan lebih tegas, adil dan berhemah sejajar pelan strategik lima tahun PDRM.

Tegas merujuk sifat yang wajib dimiliki setiap pegawai dan anggota selain mengamalkan sifat adil dalam setiap penyiasatan, pencegahan dan gerakan bagi mencapai sabitan kes yang dihakimi secara saksama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.