saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/03/2008

Sokong tangguh pemilihan

KUALA LUMPUR 26 Mac – UMNO Wilayah Persekutuan, Kelantan, Perak dan Sabah menyokong saranan supaya pemilihan UMNO diadakan pada tahun hadapan dianggap bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan parti dan bukan kerana pemimpin yang ada bimbang dicabar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Kamarudin Ambok berkata, dalam keadaan UMNO berhadapan prestasi kurang memuaskan, sudah tentu keutamaan perlu diletakkan sepenuhnya bagi memperbaiki segala kelemahan.

‘‘Kita tidak mahu parti terbeban pula dengan satu lagi masalah apabila pemilihan diadakan dalam masa yang kurang sesuai seperti mana sekarang.

‘‘Sebab itu saya harap semua pihak bersabar dan kita serah kepada pucuk pimpinan untuk menentukan masanya,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib bahawa terdapat badan-badan perhubungan UMNO negeri menyarankan supaya pemilihan parti yang dijadual tahun ini ditunda kepada Jun tahun depan bagi mengelakkan berlaku ‘malapetaka’ parti.

Kali terakhir pemilihan diadakan ialah pada tahun 2004 dan Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini telah memutuskan menangguhkan pemilihan yang membenarkan tempoh maksimumnya sehingga 18 bulan.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad berkata, syor pemilihan diadakan pada tahun depan penting untuk mengelakkan perebutan jawatan dalam keadaan parti mengalami kesedihan seperti sekarang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, jika dibiarkan berlaku pertandingan di dalam parti, sudah tentu ia mungkin mengundang masalah baru.

‘‘Mereka yang di atas saya fikir pun tahu kalau tunggu lama sangat pun takut ada hal lain pula datang nanti,’’ jelasnya.

Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yahya Hussin pula berkata, cadangan yang dikemukakan beberapa pemimpin Badan Perhubungan UMNO negeri adalah positif ketika UMNO mengalami kejutan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

‘‘Kalau itulah jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan parti itu sendiri, maka UMNO negeri bersetuju. Sekarang ini, kita jangan fikir soal kepentingan individu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada perkembangan sama, Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, beliau bersetuju pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini ditangguhkan memandangkan parti berada dalam keadaan tidak stabil.

Bagaimanapun, katanya, penangguhan itu tidak sewajarnya dijadikan sebagai alasan untuk menafikan hak mengadakan pemilihan yang sudah tertangguh begitu lama.

‘‘Kita tidak mahu ada orang tengok UMNO ambil kesempatan biarkan keadaan begitu,” katanya.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin pula berkata, UMNO masih mempunyai tempoh selama 18 bulan untuk mengadakan pemilihan kerana telah mengadakan persidangan UMNO yang terakhir pada November tahun lepas.

‘‘Penangguhan pemilihan sehingga Jun 2009 tidak seharusnya menjadi satu masalah dan ia merupakan langkah terbaik demi perpaduan parti pada masa ini,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.