saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 27/03/2008

Tiga naskhah dipentas di Stor Teater

TAHUN ini genaplah usia lima tahun Stor Teater Dewan Bahasa (DBP) dan dalam tempoh tersebut ia telah mementaskan 35 naskhah sama ada teater Melayu mahupun Inggeris.

Antara naskhah yang pernah dipentaskan di premis tersebut ialah Tivi (Mei, 2003), Wakaf Peran (April, 2003), Tanah Rendah Sekebun Bunga (Februari, 2004), Lembah Semantan (Disember, 2005), Bila Rebab Berbisik (November, 2006), dan Lorong Blues (September, 2007).

Sebenarnya tidak banyak yang boleh diharapkan daripada ruang kecil yang hanya mampu memuatkan sekitar 50 penonton tersebut. Apa lagi kemudahan yang sangat terhad untuk mementaskan naskah-naskhah besar.

Bagaimanapun, Stor Teater DBP tetap mempunyai maknanya tersendiri dalam konteks memasyarakatkan teater dan mengajak khalayak mendekati genre seni tersebut.

Menurut Pegawai Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan DBP yang juga pengurus projek pementasan Stor Teater, A. Wahab Hamzah, premis tersebut menjadi alternatif untuk pelbagai pementasan teater.

“Kami menawarkan premis alternatif untuk pementasan teater dengan kemudahan minimum yang justeru menjadi ujian kepada pengarah untuk mementaskannya.

“Namun, ia mempunyai fungsi yang agak jarang dapat dimainkan oleh panggung dan auditorium lain kerana dengan ruangan yang terhad, konsep memasyarakatkan teater lebih berkesan,” katanya pada Sidang Media Drama Stor Teater DBP 2008, baru-baru ini.

Bagi meneruskan fungsinya, tiga naskhah lagi akan dipentaskan antara Mac hingga Mei ini sebagai permulaan bagi tahun 2008 iaitu Dari M Ke M (28 hingga 30 Mac), karya dan arahan Marlenny Deenerwan.

Pada 23 hingga 30 April pula akan dipentaskan naskhah adaptasi Topeng-Topeng karya Baha Zain dan akan diarahkan oleh aktivis teater, Fauziah Nawi.

Naskhah komedi, Sekangkang Kera, karya dan arahan Subroto Kartimin pula akan dipentaskan pada 15 hingga 18 Mei.

Wahab berkata, selepas Mei, Stor Teater DBP akan menyusun beberpa lagi pementasan dan pelbagai kegiatan dalam usaha menarik khalayak mendekati pelbagai genre seni.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.