saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 27/03/2008

Filipina dilanda krisis bekalan beras

MANILA 26 Mac – Kerajaan Filipina hari ini diingatkan bahawa negara ini menghadapi krisis bekalan beras yang serius.

Majlis Penanam Padi Negara menyatakan, bekalan itu boleh menyebabkan harga beras melambung kepada 40 peso (RM3.20) sekilogram daripada kira-kira 25 peso (RM1.92) sekilogram sekarang ini.

“Peniaga sudah tentu mengambil kesempatan daripada bekalan yang terhad manakala kerajaan akan bergantung kepada beras import untuk stok penimbal,” kata Pengerusi Majlis, Jimmy Tadeo.

Filipina menggunakan kira-kira 11.9 juta tan metrik beras setahun, kebanyakannya beras tempatan.

Bagaimanapun, jumlah pengeluaran domestik yang menurun dan amalan rasuah dalam sistem bekalan beras menyebabkan berlaku kekurangan kira-kira 10 peratus.

Kerajaan terpaksa membeli sekitar dua juta tan metrik dari pasaran antarabangsa setiap tahun, menjadikan Filipina pengimport besar terbesar di dunia.

Sementara itu, kerajaan telah menandatangani perjanjian untuk mengimport beras dari Vietnam bagi meningkatkan stok tempatan ketika harga melonjak dan stok global makin menyusut.

– AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.