saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/03/2008

Ika peserta kedua AF6 tersingkir

PETALING JAYA 29 Mac - Konsert kedua Akademi Fantasia musim keenam (AF6) malam ini menyaksikan giliran Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim menjadi pelajar kedua disingkirkan daripada program realiti popular tanah air itu.

Penyingkiran Ika diumumkan oleh pengacaranya, AC Mizal selepas menerima jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah berbanding 12 peserta lain.

Pada konsert yang berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBBJ) di sini, Ika mendendangkan lagu Malu Tapi Mahu nyanyian Dina.

Penyingkiran peserta yang berasal dari Pulau Pinang itu meninggalkan 12 lagi rakannya untuk meneruskan pembelajaran dalam akademi itu.

Sebelum ini, Yana atau nama sebenarnya Marliyana Binti Omar Walid, 24, menjadi pelajar pertama yang tersingkir pada konsert pertama minggu lepas.

Dengan penyingkiran Yana dan Ika itu, konsert minggu ketiga nanti bakal menampilkan 12 peserta iaitu Mohamad Aliff Mohd. Razali, 22, Muhammad Faisal Abdullah, 21, Lutfyah Sheikh Omar, 23, Muhammad Shauqi Naaim Salmi, 20, Ahmad Nubhan Ahmad , 22, Mohammed Idris Mohd. Zaizizi, 22, Siti Norsaida Tarudin, 32, Nadia Haswani Hasnan, 18, Stracie Angie Anam,18, Stanley Maringai David Impi, 25, Khairul Nizam Baharom, 31, dan Hairina Abd Halim, 44.

Malam ini tempat Fauziah Datuk Ahmad Daud digantikan oleh Adlin Aman Ramli selain Ning Baizura bertindak sebagai pengkritik tetap dan ditemani oleh Aidit Alfian selaku pengkritik undangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.