saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 30/03/2008

Pemain boling Malaysia atasi pilihan dunia

30/03/2008 11:41pm

PETALING JAYA 30 Mac — Pemain boling negara menumpaskan Pasukan Pilihan Dunia (ROW) 4-1 dalam pertandingan Piala Canon 2008 di Pyramid Megalanes di Bandar Sunway di sini hari ini.

Pasukan Malaysia diwakili Daniel Lim, Kelvin Keong, Zulmazran Zulkifli, Sin Li Jane dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi sementara ROW diwakili Jason Yeong- Nathan dan Jazreel Tan dari Singapura, Venessa Fung (Hong Kong), Andrew Frawley (Australia) dan Mika Louto (Finland).

Menerusi kemenangan itu, pemain Malaysia membolot US$10,000 sementara Pasukan Pilihan Dunia membawa pulang US$5,000.

“Saya gembira kami menang Piala Canon. Bagi saya, ia merupakan tempat di mana kami boleh mencungkil lebih banyak lagi bakat. Kini kami temui Sin Li Jane dan Kelvin yang boleh menerima tekanan,” kata jurulatih kebangsaan Halloway Cheah.

Pertandingan tersebut merupakan sebahagian Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia Canon.

Ia menawarkan hadiah keseluruhan US$15,000 dan terbahagi kepada tiga kategori. Sekiranya sesebuah pasukan menang 5-0, mereka menerima US$12,500 dan US$2,500 untuk lawan mereka.

Bagi kemenangan 4-1, pasukan yang menang menerima US$10,000 dan lawan mereka US$5,000.

Sekiranya berlaku keputusan 3-2, US$8,000 diberi kepada pemenang dan US$7,000 untuk lawan mereka.

Dalam perlawanan pembukaan berformat one-game bagi setiap pemain itu, Daniel Lim tewas dengan 214-229 jatuhan pin kepada pemain Singapura, Jason dan dalam perlawanan kedua, Sin Li Jane menyemai kedudukan 1-1 untuk Malaysia apabila menewaskan Vanessa dengan 224-218 pin.

Dalam perlawanan ketiga, pemain remaja Kelvin menewaskan pemain Australia Andrew Frawley, 256-211.

Zandra Aziela pula menewaskan pemenang Malaysian International Open Women’s Masters, Jazreel Tan dari Singapura 172-160. Dalam akhir Masters semalam, Zandra Aziela tewas kepada Jazreel.

Juara bahagian lelaki tahun ini, Zulmazran Zulkifli menceriakan peminat di Pyramid Megalanes apabila menewaskan pemenang pingat emas Perseorangan Kejohanan Dunia 2003 dan juara Piala Dunia 2002 dari Findland, Mika Louto 222-183.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.