saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 03/04/2008

Kinsteel terima kelulusan senaraikan Perwaja Steel

KUALA LUMPUR 2 April 2 – Kinsteel Bhd. (Kinsteel) hari ini mengumumkan telah menerima kelulusan untuk menyenaraikan Perwaja Steel Sdn. Bhd. (Perwaja Steel) di Papan Utama Bursa Malaysia.

Pengerusi Kinsteel, Tan Sri Abu Sahid Mohamed berkata, dengan kelulusan itu, Perwaja Steel akan mengakses modal pasaran bagi mengumpul dana untuk mengembangkan syarikat itu pada masa depan termasuk mendedahkan sebahagian nilai pemegang kepentingan Kinsteel dan Perwaja Steel.

‘‘Langkah seterusnya yang akan kami lakukan ialah memantau situasi pasaran dan memastikan waktunya tepat, jadi nilai pemegang saham khususnya pemegang saham minoriti dapat ditingkatkan,’’ kata Pengarah Urusan Kinsteel, Tan Sri Pheng Yin Huah.

Di bawah peraturan Suruhanjaya Sekuriti, syarikat diberi tempoh enam bulan daripada tarikh kelulusan untuk menyelesaikan penyenaraian di bursa.

Perwaja Steel dijangka menggunakan sepenuhnya dana yang diperoleh melalui penyenaraian untuk program hiliran dan modal kerja.

‘‘Kemudahan tambahan ini dijangka mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran dan menambah pendapatannya untuk jangka panjang,’’ menurut kenyataan kumpulan itu.

Menurut Kinsteel, penyenaraian itu membolehkannya dan Perwaja Steel memberi fokus kepada segmen tambahan dalam rantaian nilai industri keluli.

Perwaja Steel dijangka membuat tawaran awal permulaan (IPO) sebanyak 150 juta saham kepada awam melalui 60 juta saham baru dan 90 juta tawaran jualan saham yang ditawarkan oleh Kinsteel dan Maju Holdings.

Syarikat itu juga akan menerbitkan 156.123 juta stok pinjaman tidak boleh tebus tidak bercagar (ICULS) kepada Kinsteel.

Dengan nilai 10 sen seunit, setiap ICULS akan memberi hasil empat peratus setahun dan boleh ditukar kepada satu saham biasa di Perwaja Steel pada harga IPO.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.