saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 03/04/2008

Realiti materialistik wanita

PELBAGAI ungkapan, perbandingan dan gambaran yang boleh dihalakan kepada golongan wanita moden hari ini. Ada yang mengungkap wanita sebagai golongan yang ‘suka ditipu’.

Frasa itu mungkin agak keterlaluan nadanya, tetapi ia merujuk kepada sifat wanita itu sendiri yang dilihat sering tidak pernah merasa cukup dengan apa yang mereka ada.

Untuk mendapatkan apa yang diingini, golongan ini ‘tanpa sedar’ selalu ditipu dan ditindas oleh pihak-pihak lain khususnya kaum lelaki.

Kalau tidak, masakan timbul perbandingan yang mengatakan perempuan itu `akalnya satu tetapi nafsunya sembilan.’

Berbanding lelaki ‘akalnya sembilan, tetapi nafsunya mungkin hanya satu.’ Justeru, kelebihan itulah yang mungkin telah disalahgunakan untuk memanfaatkan ‘kelemahan’ wanita.

Namun, itu bukanlah suatu alasan untuk dijadikan sebagai ‘kayu penghukum’ kerana ia merupakan permasalahan dari sudut yang lain.

Begitu juga dengan gambaran umum yang mengatakan bahawa golongan wanita ‘lebih mudah ditipu’ kerana sifat-sifat semula jadi yang mereka miliki itu.

Keperluan hidup

Semua itu berlaku kerana adanya desakan terhadap keperluan hidup, sifat semula jadi serta pengaruh sekeliling yang banyak membentuk keperibadian kaum hawa itu sendiri.

Faktor-faktor itu merupakan antara sekelumit rumusan tentang golongan wanita yang diutarakan menerusi teater Dari M Ke M yang dipentaskan di Stor Teater, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. baru-baru ini.

Teater karya dan arahan Marlenny Deenerwan itu secara umumnya mengangkat dilema dan ‘penyakit jiwa’ tanpa disedari golongan wanita kerana tuntutan materialistik dalam kehidupan moden hari ini.

Beliau bukan berniat mahu merendah-rendahkan martabat kaum wanita, sebaliknya banyak mesej serta pengajaran yang boleh direnungi bersama.

“Kita tidak mahu orang perempuan terus menerus dikatakan sebagai ‘singkat akal.’ Mereka selalu dikatakan tidak berfikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan.

“Menerusi teater ini, saya mahu memartabatkan orang perempuan. Kita kesal kerana sifat-sifat negatif yang digambarkan itulah yang telah menjatuhkan imej mereka sendiri,” katanya ketika ditemui selepas pementasan tersebut.

Menurut Marlenny, watak Donna yang digambarkan menerusi Dari M Ke M banyak dipengaruhi desakan hidupnya yang mahu dikelilingi kemewahan.

Mahu berlagak lawa, menunjuk-nunjuk, menikmati hidup yang sempurna hingga memandang rendah taraf dan ketidaksempurnaan orang lain.

Gambaran itu jelas menerusi watak Donna yang dilakonkan oleh Ismaliza Ishak di mana watak tersebut bukan sahaja memandang rendah tetapi turut menghina si jejaka penyapu sampah di terminal kereta api bernama Adi.

Mungkin ada benarnya ungkapan mengatakan wanita itu ‘gemar ditipu’ berdasarkan sebahagian daripada plot cerita teater tersebut.

Ia berdasarkan karekter Adi (lakonan Jaa Rased) yang bijak bersandiwara dengan Donna di sebalik keasyikan mereka sewaktu bersembang di Internet untuk sekian lamanya.

Bagi memikat hati Donna, Adi sanggup menipu gadis malang itu dengan mengatakan bahawa dialah lelaki paling kacak, paling bergaya dan mempunyai karier yang bagus.

Meskipun cuma bekerja sebagai penyapu sampah di Terminal M, tetapi kelicikan Adi mudah untuk menjinakkan Donna yang dungu dengan sifatnya itu.

Donna yang begitu asyik ‘ditipu’ lantaran dia golongan yang ‘mudah ditipu’ langsung tidak mengetahui latar belakang sebenar Adi.

Sehinggalah Donna akhirnya tersungkur malu dan kesal apabila mendapati lelaki penyapu sampah yang direndah-rendahkan itulah yang menjadi idolanya selama ini.

Sungguhpun begitu, dalam hal itu Marlenny menyifatkan masalah dan ‘tragedi’ yang menimpa kaum wanita seangkatan dengan Donna itu merupakan mereka daripada kalangan yang kurang berpelajaran.

Kelemahan diri

“Orang perempuan selalu ‘jatuh’ atas kelemahan diri mereka sendiri. Donna dalam naskhah ini digambarkan sebagai tidak berpendidikan tinggi.

Kehidupan miskin semasa kecil banyak mendorong untuk mengubah nasibnya ketika tinggal di bandar.

“Jalan mudah ialah dengan mencari kesenangan dengan menumpang kesenangan orang lain. Dalam hal ini, Donna mungkin ada alasannya sendiri,” ujarnya.

Meskipun Dari M Ke M hanya dilakonkan oleh dua orang pelakon sahaja tetapi para penonton tidak berasa bosan untuk mengikutinya hingga tamat.

Ini kerana, banyak dialog yang dilontarkan bukan sahaja sinis bunyinya, tetapi ia turut mengangkat banyak maksud yang tersirat.

Justeru, tidak hairanlah teater yang dipentaskan dengan durasi 50 minit itu kerap mengundang gelak tawa para penonton.

Sebagai contohnya, elemen sampah sarap yang berselerakan di Terminal M seakan-akan menggambarkan lumrahnya golongan manusia yang kurang berfikir panjang lantaran pengaruh luaran bersifat duniawi.

Golongan cerdik pandai

Malah, watak Adi juga digambarkan sebagai si tukang penyapu sampah yang mewakili segelintir golongan cerdik pandai yang ‘terselit’ di sebalik timbunan sampah di terminal keretapi yang digambarkan dalam teater ini.

Berhibur sambil merenung kembali persoalan kehidupan hari ini merupakan antara intipati yang patut diberi pujian menerusi karya ini.

Senario kehidupan yang semakin kompleks terutamanya fokus atas realiti kehidupan golongan merupakan subjek yang menarik untuk difahami.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.