saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 03/04/2008

Bot penggempur RHFB perkasa pasukan Polis Marin

JOHOR BAHRU 2 April – Penggunaan bot penggempur Rigid Hull Fender Boat (RHFB) diyakini dapat memperkasakan pasukan polis marin terutamanya bagi membanteras jenayah termasuk penyeludupan, ke masukan pendatang tanpa izin (PATI) dan lanun di perairan negara.

Timbalan Ketua Pengarah II, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keselamatan Awam (KDNKA), Datuk Jamaludin Khalid berkata, langkah kerajaan meluluskan pembelian 16 bot jenis itu adalah selaras dengan hasrat Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk memantapkan pasukan itu.

Katanya, berdasarkan penggunaan oleh Polis Marin Wilayah Selatan, walaupun hanya sebuah RHFB dibekalkan sebelum ini, namun ia terbukti berkesan apabila pasukan itu mencatatkan peningkatan dari segi tangkapan dan rampasan.

“Contohnya, sepanjang tahun lepas, polis marin hanya dapat menahan 169 PATI sedangkan dengan bantuan RHFB, sebanyak 123 tangkapan dilakukan hanya dalam tiga bulan iaitu bermula Januari tahun ini,” katanya kelmarin.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penerimaan RHFB dan bot pelbagai guna (PAC) antara syarikat Dalac Marine Engineering and Services Sdn. Bhd. dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pada majlis itu, sebanyak tujuh buah RHFB diserahkan kepada polis marin di seluruh negeri, manakala empat bot jenis PAC diserahkan kepada Pasukan Gerakan Am untuk mengawasi perairan di sempadan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok yang sering berlaku kegiatan penyeludupan.

Jamaludin bersama Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan para wartawan turut diberi peluang menaiki RHFB itu selain menyaksikan demonstrasi oleh Unit Selam Tempur Polis Marin Wilayah Selatan.

Jamaludin berkata, lima daripada 16 RHFB yang diberikan kerajaan telah pun beroperasi di beberapa negeri pada tahun ini dan satu daripadanya adalah di Johor.

Katanya, tujuh lagi diterima pada hari ini manakala baki empat lagi akan diserahkan pada Julai ini.

Sementara itu, katanya, keberkesanan RHFB turut dibuktikan menerusi peningkatan tangkapan keseluruhan antaranya kesalahan di bawah akta perikanan, kastam, polis dan dadah, yang dilakukan Polis Marin Wilayah Selatan sepanjang tiga bulan pertama ini.

“Sepanjang tiga bulan ini sahaja tangkapan keseluruhan yang dicatat kan adalah sebanyak 65 orang berbanding sepanjang tahun lepas seba nyak 133 orang,” katanya.

RHFB yang berukuran sepanjang 11 meter dan mempunyai kapasiti bahan api sebanyak 800 liter dapat berfungsi sebagai bot penggempur, pemintas dan peronda dengan kemampuan memecut pada kelajuan 45 knot.

Bunyi yang dihasilkan daripada enjinnya amat senyap bagi mengelak dikesan musuh dan ia mampu membawa lapan anggota dalam satu masa.

Saiznya yang kecil dan rendah membolehkan RHFB menyusup masuk ke kawasan dengan ruang yang sempit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.