saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/04/2008

Ramli dilantik ketua juri AIM15

TAHUN ini, buat julung kalinya sejak 14 tahun lalu, Anugerah Industri Muzik (AIM) melantik seorang Ketua Juri yang akan bertanggungjawab di atas semua keputusan para pemenang pada anugerah tersebut.

Selaku penganjur, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dengan kerjasama Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) sebulat suara melantik karyawan muzik terkenal, Ramli M.S. sebagai Ketua Juri pada AIM15.

Sebelum ini, AIM tidak pernah mengumumkan mahupun melantik Ketua Juri bagi memikul tugas mengadili serta memantau sebarang keputusan yang akan dibuat pada anugerah itu yang sering mencetuskan pertikaian serta kontroversi.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM15, Freddie Fernandez berkata, dengan adanya Ketua Juri, segala permasalahan dan isu yang akan timbul akan dirujuk terus kepada Ketua Juri terbabit.

“Sebelum ini dalam AIM kita tidak ada Ketua Juri. Jadi, kalau ada sebarang rasa tidak puas hati timbul kita tidak ada orang yang bertanggungjawab tampil untuk memberi penjelasan.

“Kali ini dengan adanya Ramli M.S. sebagai Ketua Juri, segala tanggungjawab terletak di atas bahu beliau. Antaranya soal penjurian dan keputusan para pemenang AIM15 itu nanti.

“Contohnya, sebelum ini ada orang yang bertanya mengapa Mawi tidak dicalonkan dalam kategori Artis Harapan. Ataupun kalau tahun ini kalau orang bertanya kepada saya mengapa Mila (AF5) tidak dicalonkan dalam kategori itu, macam mana saya hendak jawab?

“Jadi, kalau anda hendak tahu cubalah tanya sendiri dengan Ramli M.S.,” katanya pada sidang media selepas pengumuman senarai pendek finalis AIM15 di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Selain Ketua Juri, mulai tahun ini AIM bukan setakat memberi trofi kepada para pemenangnya tetapi juga sijil pengiktirafan.

Pengerusi PAIMM, Datuk Aziz Bakar berkata, sijil yang akan diberikan itu merupakan suatu piawaian yang boleh dibanggakan dan diabadikan oleh setiap pemenang dalam pertandingan tersebut.

“Setiap penerima anugerah daripada setiap kategori AIM sejak 1993 hinggalah 2007 akan menerima sijil tersebut. Lebih kurang 700 penerima anugerah dalam AIM akan menerimanya,” ujarnya.

Pada majlis itu, AIM turut menyerahkan sijil-sijil kepada para pemenang AIM1 hinggalah AIM14 yang disampaikan oleh Aziz Bakar, Freddie Fernandez dan Pengerusi RIM, Sandy Monteiro.

AIM15 yang mempertandingkan 18 kategori turut memperkenalkan dua kategori baru iaitu Album Cina dan India Tempatan Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bukan Bahasa Melayu) dan Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang dipersembahkan oleh artis luar negara bagi menggantikan Album Indonesia Terbaik.

Tambah Aziz, bermula 1 Disember 2006 hingga 31 Disember 2007, AIM15 menerima 576 pencalonan bagi 18 kategori yang dipertandingkan.

AIM merupakan pertandingan yang diadili oleh lebih 200 juri profesional di mana 18 hingga 20 juri akan mengadili penjurian peringkat akhir.

Menurut Pengurus Besar PAIMM, Jennifer Thompson, penjurian telah dibahagikan kepada tiga bilik yang melibatkan kategori susunan muzik, album terbaik dan persembahan vokal.

“Ramli M.S. menjadi Ketua Juri dari peringkat awal penjurian sehinggalah peringkat akhir. Semua keputusan terletak di atas pemantauan beliau.

“Pemilihan peringkat pertama yang menyumbang sebanyak 40 peratus daripada keputusan akhir telah diadakan pada 2 Mac lalu, manakala pemilihan peringkat kedua sebanyak 60 peratus pula pada 21 Mac lalu,” jelasnya.

AIM15 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran ntv7 pada 3 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Antara senarai pendek calon anugerah AIM15:

Lagu Terbaik:

* Menanti Pasti (Datuk Siti Nurhaliza - Ajai/Abie Abdullah)

* Mahakarya Cinta (Faizal Tahir - Audi Mok/Shah Shamsiri)

* Sekian Lama (Datuk Siti Nurhaliza - Azlan Abu Hassan/Azalea)

* Izinku Pergi (Kaer Azami - Azlan Abu Hassan/Sulu Sarawak)

* Itu Kamu (Estranged - Estranged/Richael L Gimbang) Artis Baru Terbaik:

* Atilia

* Estranged

* Faizal Tahir

* Kaer Azami

* Karen Kong

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki):

* Aliff Aziz (Aliff)

* Faizal Tahir (Aku.Muzik.Kamu)

* Hazami (Nyata)

* Kaer Azami (Menjelma)

* Sohaimi Mior Hassan (Suatu Hari Nanti)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita):

* Atilia (Sangkar)

* Datuk Siti Nurhaliza (Hadiah Daripada Hati)

* Dayang Nurfaizah (Dayang 2007)

* Elyana (Jadi Diriku)

* Karen Kong (Mulakan)

Album Rock Terbaik:

* Faizal Tahir (Aku.Muzik.Kamu)

* Spider (Bintang 12)

* Mpire (Mpire)

* Niskala (Nada)

* Jinbara (Patah Pusing)

Album Pop Terbaik:

* Dayang 2007 (Dayang Nurfaizah)

* Hadiah Daripada Hati (Datuk Siti Nurhaliza)

* Imagin (Liza Hanim)

* Menjelma (Kaer Azami)

* Semuanya Ada Di Sini (Farawahida)

Album Pop Etnik Terbaik:

* Jatuh Cinta Pandang Pertama (Azfar)

* Melodi Ahlaan (Waheeda)

Album Nasyid Terbaik:

* Al-Asr... A Moment (Mu’adz)

* Hafiz Hamidun (Hafiz Hamidun)

* Maulana (Rabbani)

Album Inggeris Tempatan Terbaik:

* After 8 (Liang)

* Eclecticism (Melissa Indot)

* Freakshow Vol 1: Tales of the Travelling Tunes (Pop Shuvit)

* Hey (Singletrackmind)

* Silentscream (Silentscream)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.